SHAH ALAM, Hrkh) - Pelaksanaan program 'people centric' oleh Pejabat Pembangunan negeri Selangor mempunyai matlamat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. Iklan
Menurut Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi organisasi parti memang sudah dibenarkan tetapi BN mengambil pendekatan 'people centric'.
Saya fikir mungkin jenama BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat sebab itu mereka berusaha mencari cara lain untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya ketika menyokong usul Kampung Tunku-DAP, Lau Weng San.
Katanya, sekarang BN melibatkan SPRM yang sepatutnya menjadi suruhanjaya bebas dan bersifat berkecuali.
"Saya lihat usaha BN yang menggunakan SPRM telah menjatuhkan kerajaan negeri Perak dan tindakan ini akan dilakukan di negeri Selangor," dakwanya.
Menurut beliau, berhubung pemberian lembu pada hari raya Aidiladha di masjid Bandar Tun Razak dan penyelenggaran kereta Lexus Menteri Besar, BN telah menjadikan isu itu sebagai landasan utama mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Selangor.
Beliau berharap kerajaan negeri Selangor berhati-hati serta menyiasat kemungkinan wujudnya elemen 'musuh dalam selimut' di jabatan kerajaan khususnya pejabat Menteri Besar.
"Apakah tindakan Menteri Besar untuk mengesan musuh yang berjaya membongkar rahsia jabatan ke luar dan mereka selesa bekerja dengan Ketua yang lepas," katanya.
Taman Templer (BN), Dato' Subhan Kamal mencelah mengatakan kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat konon telah melakukan kerja dengan baik dan tidak perlu takut dengan penubuhan 'people centric' kerana ia merupakan satu cara BN membantu rakyat.
Beliau berkata, jika benar kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan tanggungjawab yang terbaik sudah pasti dalam pilihan raya akan datang memperolehi kemenangan. - lanh _
1 comment:
Bila BN berkuasa, kita bantah Loji Memproses Sampah di Broga sebab kesan keatas Alam Sekitar.
Bila PR berkuasa, kilang2 haram yg mencemar alam sekitar dan anak2 sungai di lindung dan disokong!
Alasan En Hanapi (ahlli MPKJ), pendapatan Selangor and peluang perkerjaan(warga asing-Bangla/India, yg mungkin tanpa izin) lebih penting dari kesan pencemaran yg akan menjejas kesihatan BERJUTA-JUTA penduduk2 di Lembah Kelang. Anak2 sungai di Semenyih mengalir ke Loji Air di Hulu Langat(yg membekal air ke Lembah Kelang).
Juga alasan bahwa kurang kemampuan/pengalaman....jika tidak layak menjalankan tugas sebagai Ahli MPKJ yg efektif, kenape tidak memberi peluang kepada yg orang lain yg layak dan boleh menjaga Semenyih dengan baik dan efektif!
Amat kecewa dengan sikap kurang bertanggungjawab dan HIPOKRIT
Pakatan Rakyat kena pastikan Rakyat tidak hilang kepercayaan yg diberikan dalam Pilihan Raya yg lalu.
T.Kasih
Post a Comment