Monday, March 23, 2009

UMNO semakin "senak"

Oleh Pak Katib

Gambaran terkini di Bukit Gantang sudah jelas bahawa UMNO semakin " senak". Populariti UMNO sudah kian pudar dan tak mustahil pada pilihanraya umum ke -13 nanti UMNO-BN akan terkubur tanpa batu nesan. Di DUN Kuala Sepetang Bulan sudah kian mengambang. Warna hijau sudah hampir menenggelamkan alam maya.

Di Changkat Ibol sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sudah menjadi kubu PAS dulu kini dan selamanya. Apa lagi yang ada pada UMNO sekarang ini hanya bangkai busuk, nanah dan najis yang ditinggalkan.

Pemimpin yang penuh dengan rasuah, kes mahkamah yang belum selesai dari sebabak ke sebabak, budaya kroni yang berleluasa dan fitnah musin pilihanraya yang sentiasa berkumandang di media massa BN.

Semakin lama UMNO bertapak semakin jelas keburukan yang ditonjolkan. Biro Disiplin Umno yang ditubuhkan oleh UMNO nampaknya tidak memberi kesan apa-apa. Hukuman yang dijatuhkan hanya memihak kepada sesetengah "team" sahaja walaupun apa yang diharapkan oleh ahli UMNO adalah pembersihan keseluruhan sehingga ke peringkat orang atasan.


Gundah gelana bagi mereka yang dalam UMNO dihukum tanpa timbang tara yang betul. Senyum lebar bagi team yang buat salah tapi terlepas dan hanya diberi surat amaran. Apa pun itulah undang-undang ciptaan UMNO yang diagungkan oleh sebilangan besar ahli UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Ketua Ali Rustam? Penyokongnya yang dah lama menghimpit dan melobi untuk kemenangan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang dilihat sebagai berat sebelah oleh penyokong Ali Rustam. Apa boleh buat, itulah percaturan politik UMNO. Terlalu ghairah menghentam pemimpin parti lawan akhirnya busuk terpalit ke muka sendiri.


SPRM mungkin masih tidur atau dah terlena didodoi dengan ulit mayang UMNO. Sudah tak dapat membezakan antara rasuah dan politik wang. Bagi rakyat mungkin mereka faham bahawa politik wang dan rasuah adalah nama yang berbeza tetapi perilaku yang sama. Yang menghulur duit itu rasuah. yang menerima duit itu rasuah. Yang menganjurkan majlis atau tujuan melobi juga rasuah. yang membenarkan supaya dianjurkan majlis makan-makan untuk tujuan melobi juga rasuah. semuanya rasuah, tapi bagi UMNO itu bukan rasuah tapi itu adalah politik wang. SPRM pun mungkin kata itu juga politik wang sebab itu lah orang yang didapati bersalah oleh biro disiplin UMNO, belum tentu bersalah mengikut pemahamam SPRM.


Yang ada elemen rasuah bagi SPRM ialah bila S. Sivakumar menggunakan kuasanya mengikut perlembagaan tubuh negeri Perak dengan menjatuhkan hukuman kepada 6 exco BN Perak dan MB BN Zambry. Walaupun Kuasa yang digunakan oleh S. Sivakumar adalah dibenarkan dalam undang-undang tubuh negeri Perak tapi bagi SPRM ianya ada elemen salah guna kuasa. Inilah yang dikatakan bak "isi dan kuku" antara UMNO dan SPRM.


Rakyat yang mula bersuara melalui blog dan ceramah akan dituduh menghasut sedangkan dalam perlembagaan Malaysia pun memang dah termaktub bahawa rakyat ni boleh bersuara. Pakar undang-undang dalam UMNO sebenarnya tahu isi kandungan perlembagaan tapi hanya membisu bak mulut dikunci dan dipatri dengan tembaga besi.


Itu lah UMNO-BN yang kita kenal sudah 50 tahun lebih. Dari zaman yang mula-mula tuntut kemerdekaan hinggalah sekarang cuma dulu pemimpin-pemimpin UMNO sanggup turun padang dan berhimpun ramai-ramai untuk bersama-sama tentang penjajah. Sayangnya sekarang ni penjajah semakin dekat dengan UMNO. Pemikiran UMNO masih dijajah, Perilaku UMNO pun masih dijajah.


Keris yang diusung ke hulu ke hilir atas nama ketuanan Melayu masih belum menyengat. Melayu semakin mundur. Pendidikan Melayu masih ditahap rendah walaupn dah berbilion kerajaan salurkan peruntukan kepada bidang pendidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pula sudah semakin disisihkan. Matematik dan Sains terpaksa diajar dalam bahasa Inggeris atas alasan supaya Melayu lebih maju dan mampu bersaing tapi yang kita nampak pelajar Melayu semakin layu sebab tak berapa faham bahasa Inggeris dan memeningkan kepala mereka untuk menjawab dengan betul. Bila semua ini berlaku maka jadilah bangau oh bangau. saling menyalahkan satu sama lain. Bila tanya pelajar, pelajar kata salah guru yang ajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Bila tanya guru, guru kata Kementerian Pelajaran yang suruh ajar. Bila tanya kementerian Pelajaran. KPM kata ini semua orang politik yang suruh laksanakan. Bila tanya orang politik, ini semua kerja pemimpin UMNO yang nak tengok bangsa Melayu maju. Yang menjadi maju bukan Melayu tapi ahli perniagaan yang jadi kroni UMNO yang dapat kontrak membekalkan peralatan dan bahan pengajaran PPSMI ke sekolah. Pelajar Melayu akhirnya hanya makan ubi kayu.


Sedarlah wahai penyokong UMNO. Semakin lama bersama UMNO semakin parah dan senak kita. Hijarahlah dan renung lah semasak-masaknya. berapa lama lagi untuk kita terus ditipu dan disenandungkan dengan lagu-lagu mengasyikkan. Mimpi kita ada masanya perlu bertukar warna. Warna itu biarlah warna hijau atau biru muda atau merah putih. Jangan lagi mabuk dengan warna biru gelap yang sudah psti akan menggelapkan masa depan kita kini dulu dan selama-lamanya.
-Pak katib

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...