12.22pm:Satu lagi rekod sejarah dunia tercipta hari ini di perak… Sidang DUN yang sepatutnya bersidang di dalam dewan Bangunan SUK terpaksa di pindahkan ke perkarangan tempat letak kereta 100 meter dari pejabat SUK..Yang menariknya,sidang ini berlangsung di bawah pokok dengan dua usul tergempar telah diluluskan…
Rasanya rekod sidang pokok yang dipengerusikan oleh speaker Sivakumar hari ini tidak akan dapat dipecahkan oleh mana-mana negara di dalam dunia ini di abad ini dan di abad yang akan datang…
Kita juga mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan FRU yang bertungkus lumus dalam menjayakan sidang ini dengan jayanya…
11.48am:Semua ADUN PR beredar meninggalkan pejabat DAP untuk kembali ke tempat penginapan masing-masing sambil dikawal ketat oleh Unit AMAL dan petugas khas yang dilantik
11.28am:Lebih kurang 500 orang penyokong Pakatan Rakyat(PR)sedang berkumpul dihadapan pejabat DAP bagi memberikan sokongan kepada semua ADUN PR yang berada di pejabat DAP.
Kelihatan beberapa pemimpin PR dan ahli-ahli Parlimen sedang memberikan ucapan kepada penyokong PR.
Mereka menaikkan sepanduk dan melaungkan ucapan sokongan kepada kerajaan PR negeri Perak.
11.00am:YAB MB mengatakan di sidang media dimana beliau mengecam tindakan polis yang menghalang ADUN PR daripada memasuki Bangunan SUK dan mengecam tindakan kasar ke atas beberapa orang ADUN.
Berita sepenuhnya akan menyusul
10.57am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau meminta mereka supaya tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini.
10.53am: Ngeh juga berkata Speaker Sivakumar akan mengambil tindakan menghina terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri.
10.50am: Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata hari ini adalah yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis.
10.49am Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut aturan dan peraturan.
10.46am Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.
10.35am Sidang Media tergempar akan diadakan bila-bila masa di pejabat DAP yang berdekatan dengan Bangunan SUK. Dihadiri oleh semua ADUN PR dan hampir 100 orang wartawan
Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker Sivakumar memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili speaker.
Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Sivakumar. Thomas berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.
10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.
No comments:
Post a Comment