Wednesday, March 25, 2009

Hadiah Untuk Khir Toyo

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menerima hadiah mahal bernilai RM3,600 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada 2004 ketika memimpin negeri itu.

Jaket jenama ‘Summer Man’ itu dihadiahkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – ketika itu diketuai isterinya Zaharah Kechik – menggunakan dana sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sempena satu majlis sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan mendedahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) – badan khas yang ditubuhkan di DUN Selangor – yang menjalankan siasatan awam terhadap dana Balkis.

Dalam siasatan yang masuk hari kedua, beliau disoal lima anggota Selcat: pengerusinya Teng Chang Kim, Haniza Talha (PKR-Taman Medan), Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Dua lagi anggota Selcat, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) tidak hadir. Kedua-duanya hadir sesi pagi pada hari pertama, semalam.

Khairiah menjelaskan, PNSB menaja cenderahati berjumlah RM4,200 kepada Balkis, termasuk harga jaket dan bayaran keraian bagi sambutan majlis itu.

Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada bekas menteri besar itu pernah memulangkan hadiah itu dan tidak pula menyedari pernah melihat Dr Mohamad Khir, yang juga pengerusi PNSB, memakainya.

Apabila jawatankuasa itu mempersoalkan tindakan PNSB memberikan hadiah kepada penjawat awam – yang didakwa melanggar perintah am pegawai kerajaan - Khairiah menjawab:

“Ketika itu saya hanya pelaksana sahaja”.

Dalam siasatan sesi pagi, Khairiah berkata beliau mempunyai hubungan “agak akrab” dengan Zaharah tetapi apabila disoal kembali oleh anggota Selcat, beliau menukar jawapannya kepada “akrab”.

Beliau juga menjelaskan, PNSB pernah membayar RM13,000 kepada Abdul Malik Kechik, saudara kandung isteri Dr Mohamad Khir, untuk pakej jamuan dan nyanyian dalam satu majlis berbuka puasa pada September 2006.

Diminta menjelaskan lanjut, Khairiah tidak pasti sama ada Abdul Malik seorang abang atau adik Zaharah.

Apabila disoal lagi, beliau tidak dapat menjelaskan kewajaran acara itu di majlis tersebut kerana gagal mengenal pasti identiti penyanyi tersebut berdasarkan rekod yang ada.

Siasatan awam Selcat hari ini memperhalusi sumbangan sejumlah RM5 juta PNSB kepada Balkis bagi tempoh 2002 hingga 2007.
Setakat jam 4.30 pagi petang ini, apabila siasatan ditangguhkan untuk sesi esok, tajaan sehingga tiga tahun lepas telah selesai disemak.

Teng, juga Speaker DUN, berkata Selcat akan memanggil saksi tambahan daripada PNSB bagi membantu keterangan.

Khairiah tampil sebagai saksi yang ditemani pembantu paling ramai iaitu seramai empat orang, berbanding seorang sahaja pegawai atasan GLC lain semalam.

Siasatan awam itu, yang berlangsung di Pejabat DUN Selangor di Shah Alam, bersambung 10 pagi esok.

Tuesday, March 24, 2009

BN takut rahsia mereka terbongkar

Siaran Media
24 Mac 209

Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar

Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.

Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, pengantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.

“Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat,” jelasnya di Parlimen pagi ini.

Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pergantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.

“Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.

Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.

“Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat,” katanya lagi

Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.

Tindakan pengantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut,” tegas Mahfuz.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Calon Mesra Rakyat

Bakal calon PAS PRK Bukit Gantang ternyata jauh meninggalkan calon BN Ismail Safian dari segi pengalaman dan kelulusan serta personalitinya.
Pemilihan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS untuk Parlimen Bukit Gantang memang tepat dan sesuai dengan situasi politik semasa.

Datuk Seri Mohammad Nizar adalah aset terbaik bagi menguji penerimaan rakyat Perak atas kemelut yang berkecamuk di negeri itu. Keputusan Pilihanraya Kecil tersebut akan mencerminkan samada rakyat bersetuju atau tidak dengan tindakan BN merampas negeri Perak secara tidak demokratik. Selain itu ianya juga akan menentukan samada rakyat termakan atau tidak dengan isu bahawa PR derhaka kepada Raja-Raja Melayu seperti yang dilemparkan oleh BN.

Pemilihan beliau juga menambahkan lagi keyakinan bahawa PR akan menang berdasarkan kepada beberapa kajian dan survey yang dijalankan oleh beberapa badan bebas sejak beberapa minggu lalu di Bukit Gantang.Selain itu Nizar tenyata lebih hebat dan berpengalaman berbanding calon BN Ismail Safian. Latarbelakang beliau memang meyakinkan pengundi.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Posted by SOFI WAHAB

KDN gantung akhbar PKR, PAS

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan - masing-masing selama tiga bulan.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Surat penggantungan Suara Keadilan itu dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Bagaimanapun menurut surat yang dikeluarkan oleh setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

Suara Keadilan edisi krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas menjadi sasaran rampasan KDN.

Hampir 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara.

Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.

Rampasan KDN mula dirancakkan ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Monday, March 23, 2009

DUN S'gor mula siasatan dana Balkis

Jimadie Shah Othman

Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijadual memberikan keterangan esok berhubung isu sumbangan besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor kepada badan amal isteri wakil-wakil rakyat BN negeri itu.

Isterinya Zaharah Kechik - yang juga bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) - akan turut dipanggil pada hari kedua siasatan awam DUN Selangor yang bermula hari ini.

Kedua-duanya dijangka hadir esok sekiranya badan siasatan tersebut selesai mendapatkan keterangan daripada pegawai-pegawai kanan, termasuk setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud.

Ramli dan penjawat awam daripada GLC yang menyalurkan sumbangan sehingga jutaan ringgit terhadap Balkis telah memberikan keterangan dalam siasatan tersebut di bangunan DUN Selangor.

Timbalan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohamad Nordin Darhan, pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Abdul Karim Munisar dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Harun Salim memberikan keterangan dalam sesi pagi ini.

Dalam keterangan, mereka mengakui tiada garis panduan dan kriteria tertentu dalam mempertimbangkan kelulusan untuk sumbangan kepada NGO, termasuk Balkis.

Siasatan awam pagi sesi petang bersambung jam 2.30 petang dan dijangka tamat kira-kira 4 petang ini.

K'jaan Pakatan S'gor perluas konsep kebajikan

Genap sembilan bulan selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 'merakyatkan ekonominya', kini ia melangkah ke fasa kedua program kebajikan tersebut, demikian diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi.

Berucap kepada kira-kira 4,000 orang di Stadium Malawati, Shah Alam, sempena ulangtahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid berkata, fasa kedua itu termasuk bantuan kepada golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri merancang untuk membantu golongan belia dan usahawan untuk memperbaiki gaya hidup meraka.

Kumpulan itu, tambahnya, perlu diberi peluang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri atau meningkatkan lagi kemahiran masing-masing dalam bidang pertanian secara sistematik.

Bagi kakitangan wanita kerajaan negeri pula, kata Abdul Khalid, mereka akan diberi tambahan 30 hari cuti bersalin, menjadi 90 hari.

Di bawah program tersebut, tambahnya, kerajaan negteri sedang memajukan konsep "Rumah Untuk Semua" di mana setiap rakyat Selangor berhak memiliki rumah sendiri berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

Menurutnya, mereka kini boleh membeli rumah sendiri, sama ada banglo, rumah teres ataupun apartmen pada bila-bila masa yang sesuai.

Bagaimanapun, Abdul Khalid kecewa kerana usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor tidak mendapat tempat dalam media arus perdana milik BN.

Menurutnya, tidak mengapa sekiranya media milik BN tidak mahu memberi publisiti terhadap usaha kebajikan tersebut.

Yang penting, katanya, ialah rakyat Selangor dan Malaysia kini sudah bijak dalam membuat keputusan masing-masing.

UMNO semakin "senak"

Oleh Pak Katib

Gambaran terkini di Bukit Gantang sudah jelas bahawa UMNO semakin " senak". Populariti UMNO sudah kian pudar dan tak mustahil pada pilihanraya umum ke -13 nanti UMNO-BN akan terkubur tanpa batu nesan. Di DUN Kuala Sepetang Bulan sudah kian mengambang. Warna hijau sudah hampir menenggelamkan alam maya.

Di Changkat Ibol sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sudah menjadi kubu PAS dulu kini dan selamanya. Apa lagi yang ada pada UMNO sekarang ini hanya bangkai busuk, nanah dan najis yang ditinggalkan.

Pemimpin yang penuh dengan rasuah, kes mahkamah yang belum selesai dari sebabak ke sebabak, budaya kroni yang berleluasa dan fitnah musin pilihanraya yang sentiasa berkumandang di media massa BN.

Semakin lama UMNO bertapak semakin jelas keburukan yang ditonjolkan. Biro Disiplin Umno yang ditubuhkan oleh UMNO nampaknya tidak memberi kesan apa-apa. Hukuman yang dijatuhkan hanya memihak kepada sesetengah "team" sahaja walaupun apa yang diharapkan oleh ahli UMNO adalah pembersihan keseluruhan sehingga ke peringkat orang atasan.


Gundah gelana bagi mereka yang dalam UMNO dihukum tanpa timbang tara yang betul. Senyum lebar bagi team yang buat salah tapi terlepas dan hanya diberi surat amaran. Apa pun itulah undang-undang ciptaan UMNO yang diagungkan oleh sebilangan besar ahli UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Ketua Ali Rustam? Penyokongnya yang dah lama menghimpit dan melobi untuk kemenangan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang dilihat sebagai berat sebelah oleh penyokong Ali Rustam. Apa boleh buat, itulah percaturan politik UMNO. Terlalu ghairah menghentam pemimpin parti lawan akhirnya busuk terpalit ke muka sendiri.


SPRM mungkin masih tidur atau dah terlena didodoi dengan ulit mayang UMNO. Sudah tak dapat membezakan antara rasuah dan politik wang. Bagi rakyat mungkin mereka faham bahawa politik wang dan rasuah adalah nama yang berbeza tetapi perilaku yang sama. Yang menghulur duit itu rasuah. yang menerima duit itu rasuah. Yang menganjurkan majlis atau tujuan melobi juga rasuah. yang membenarkan supaya dianjurkan majlis makan-makan untuk tujuan melobi juga rasuah. semuanya rasuah, tapi bagi UMNO itu bukan rasuah tapi itu adalah politik wang. SPRM pun mungkin kata itu juga politik wang sebab itu lah orang yang didapati bersalah oleh biro disiplin UMNO, belum tentu bersalah mengikut pemahamam SPRM.


Yang ada elemen rasuah bagi SPRM ialah bila S. Sivakumar menggunakan kuasanya mengikut perlembagaan tubuh negeri Perak dengan menjatuhkan hukuman kepada 6 exco BN Perak dan MB BN Zambry. Walaupun Kuasa yang digunakan oleh S. Sivakumar adalah dibenarkan dalam undang-undang tubuh negeri Perak tapi bagi SPRM ianya ada elemen salah guna kuasa. Inilah yang dikatakan bak "isi dan kuku" antara UMNO dan SPRM.


Rakyat yang mula bersuara melalui blog dan ceramah akan dituduh menghasut sedangkan dalam perlembagaan Malaysia pun memang dah termaktub bahawa rakyat ni boleh bersuara. Pakar undang-undang dalam UMNO sebenarnya tahu isi kandungan perlembagaan tapi hanya membisu bak mulut dikunci dan dipatri dengan tembaga besi.


Itu lah UMNO-BN yang kita kenal sudah 50 tahun lebih. Dari zaman yang mula-mula tuntut kemerdekaan hinggalah sekarang cuma dulu pemimpin-pemimpin UMNO sanggup turun padang dan berhimpun ramai-ramai untuk bersama-sama tentang penjajah. Sayangnya sekarang ni penjajah semakin dekat dengan UMNO. Pemikiran UMNO masih dijajah, Perilaku UMNO pun masih dijajah.


Keris yang diusung ke hulu ke hilir atas nama ketuanan Melayu masih belum menyengat. Melayu semakin mundur. Pendidikan Melayu masih ditahap rendah walaupn dah berbilion kerajaan salurkan peruntukan kepada bidang pendidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pula sudah semakin disisihkan. Matematik dan Sains terpaksa diajar dalam bahasa Inggeris atas alasan supaya Melayu lebih maju dan mampu bersaing tapi yang kita nampak pelajar Melayu semakin layu sebab tak berapa faham bahasa Inggeris dan memeningkan kepala mereka untuk menjawab dengan betul. Bila semua ini berlaku maka jadilah bangau oh bangau. saling menyalahkan satu sama lain. Bila tanya pelajar, pelajar kata salah guru yang ajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Bila tanya guru, guru kata Kementerian Pelajaran yang suruh ajar. Bila tanya kementerian Pelajaran. KPM kata ini semua orang politik yang suruh laksanakan. Bila tanya orang politik, ini semua kerja pemimpin UMNO yang nak tengok bangsa Melayu maju. Yang menjadi maju bukan Melayu tapi ahli perniagaan yang jadi kroni UMNO yang dapat kontrak membekalkan peralatan dan bahan pengajaran PPSMI ke sekolah. Pelajar Melayu akhirnya hanya makan ubi kayu.


Sedarlah wahai penyokong UMNO. Semakin lama bersama UMNO semakin parah dan senak kita. Hijarahlah dan renung lah semasak-masaknya. berapa lama lagi untuk kita terus ditipu dan disenandungkan dengan lagu-lagu mengasyikkan. Mimpi kita ada masanya perlu bertukar warna. Warna itu biarlah warna hijau atau biru muda atau merah putih. Jangan lagi mabuk dengan warna biru gelap yang sudah psti akan menggelapkan masa depan kita kini dulu dan selama-lamanya.
-Pak katib

Friday, March 20, 2009

PRK BUKIT SELAMBAU : BN TEWAS PUSINGAN PERTAMA

PKR sudah menamakan calonnya untuk PRK Bukit Selambau. Calonnya Manikumar seorang pemuda yang baru berumur 35 tahun yang berasal dari Bukit Selambau. Terbukti PR khusunya PKR tidak ketandusan calon dari golongan muda. Manakala MIC terpaksa 'menyabungkan' kuda tua yang sudah pasti tidak disenangi oleh golongan pemuda yang rata-rata menyokong perjuangan Hidraf.

Saya yakin dalam hal pemilihan calon MIC/BN sudah tewas. Ini kerana sejak-sejak akhir-akhirnya trend pengundi muda memang menyebelahi PR. Maka dengan pemilihan Manikumar saya yakin PR akan mendapat sokongan hebat dari pengundi muda dan pengundi tua.

Maka BN sebenarnya telah membuat kesilapan dengan memilih calon kesukaan Samy Vellu yang sememangnya dibenci oleh orang India.

Dari maklumat yang saya terima Manikumar memang disukai dan disegani oleh penduduk Bukit Selambau kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sering melakukan kebajikan. Malah beliau sendiri mesra dan senang bergaul dengan penduduk setempat.

Tidak syak lagi BN sudah ketinggalan pada pusingan pertama ini.

-mutaligat-

Thursday, March 19, 2009

MB Harap Adun BN Tingkat Disiplin

SHAH ALAM, - Tindakan sebilangan besar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang tidak menyertai hari terakhir persidangan dewan undangan negeri hari ini dianggap tidak menunaikan tanggungjawab.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai wakil rakyat, antara tanggungjawab mereka adalah membahaskan isu berkaitan rakyat di dalam dewan.

“Saya harap (mutu) disiplin mereka ini mesti dipertingkatkan pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media selepas persidangan Dun petang tadi.

Abdul Khalid berkata Adun Pakatan Rakyat (PR) telah menunjukkan kematangan dalam perbahasan sepanjang enam hari persidangan berlangsung.

Katanya, selain meluluskan Rang Undang-undang Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009, persidangan kali ini turut meluluskan empat usul yang dibawa Adun PR.

Keempat-empat usul berkenaan ialah pertama, mengiktiraf kebebasan kerajaan negeri dan anak-anak syarikat membuat sumbangan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada mana-mana pihak yang difikir sesuai, kedua menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua aduan rasuah dan salah guna kuasa secara meluas dan bebas berdasarkan merit tanpa memilih kes tertentu.

Usul ketiga ialah mendesak kerajaan persekutuan akur dan mengutamakan hak serta kepentingan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dalam rundingan pembelian semula pengurusan air dari syarikat-syarikat konsesi dan keempat ialah menggesa kerajaan negeri mengatasi keadaan ekonomi yang semakin merosot demi kepentingan rakyat.

Mesyuarat pertama penggal kedua kali ini turut membahaskan usul tergempar mengenai usaha Pejabat Pembangunan Negeri Selangor yang menjalankan program ‘People Centric’ untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan persekutuan dengan menjatuhkan imej dan kredibiliti pemimpin dan kerajaan negeri.

Mengulas mengenainya, Abdul Khalid berkata walaupun tindakan itu boleh dibuat oleh BN, tetapi ia adalah satu bentuk kesalahan tatatertib pegawai kerajaan yang tidak seharusnya berlaku.

“Menggunakan pegawai-pegawai yang dibayar (gaji) melalui cukai negara (untuk program) ini adalah satu kesalahan tatatertib,” katanya.

NOOR ALLIA KASSIM

'People centric' bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat

SHAH ALAM, Hrkh) - Pelaksanaan program 'people centric' oleh Pejabat Pembangunan negeri Selangor mempunyai matlamat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. Iklan

Menurut Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi organisasi parti memang sudah dibenarkan tetapi BN mengambil pendekatan 'people centric'.

Saya fikir mungkin jenama BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat sebab itu mereka berusaha mencari cara lain untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya ketika menyokong usul Kampung Tunku-DAP, Lau Weng San.

Katanya, sekarang BN melibatkan SPRM yang sepatutnya menjadi suruhanjaya bebas dan bersifat berkecuali.

"Saya lihat usaha BN yang menggunakan SPRM telah menjatuhkan kerajaan negeri Perak dan tindakan ini akan dilakukan di negeri Selangor," dakwanya.

Menurut beliau, berhubung pemberian lembu pada hari raya Aidiladha di masjid Bandar Tun Razak dan penyelenggaran kereta Lexus Menteri Besar, BN telah menjadikan isu itu sebagai landasan utama mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Selangor.

Beliau berharap kerajaan negeri Selangor berhati-hati serta menyiasat kemungkinan wujudnya elemen 'musuh dalam selimut' di jabatan kerajaan khususnya pejabat Menteri Besar.

"Apakah tindakan Menteri Besar untuk mengesan musuh yang berjaya membongkar rahsia jabatan ke luar dan mereka selesa bekerja dengan Ketua yang lepas," katanya.

Taman Templer (BN), Dato' Subhan Kamal mencelah mengatakan kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat konon telah melakukan kerja dengan baik dan tidak perlu takut dengan penubuhan 'people centric' kerana ia merupakan satu cara BN membantu rakyat.

Beliau berkata, jika benar kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan tanggungjawab yang terbaik sudah pasti dalam pilihan raya akan datang memperolehi kemenangan. - lanh _

Thursday, March 5, 2009

KENYATAAN AKHBAR

RANGSANGAN BARU PAKEJ EKONOMI NEGERI SELANGOR


SHAH ALAM: Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan Malaysia sedang berada di ambang kemelesetan. Sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia, negeri Selangor kini bersedia mengambil tempat di hadapan dalam usaha membantu merancakkan ekonomi negara dan pada masa sama menyeimbangi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Bagi merealisaikan pertimbangan tersebut, mesyuarat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (AMKN) hari ini mengenal pasti lima bidang utama untuk mencipta pemangkin pembangunan ekonomi Selangor. Lima bidang tersebut:
1] Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan
perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab.
2] Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem
transit aliran ringan (LRT).
3] Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor
oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
4] Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap pembangunan semula
kawasan terbiar termasuk di Petaling jaya dan Klang.
5] Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai.

Lima bidang usaha yang utama ini dijangkakan mampu mencipta peluang pelaburan yang melebihi RM50 bilion dan menyediakan lebih 15 ribu peluang pekerjaan.Kerajaan Negeri percaya inisiatif ini dapat memberikan peluang sewajarnya kepada Industri Kecil dan Sederhana (SMI), iaitu sektor yang paling teruk terjejas akibat kegawatan ekonomi sekarang.

Usaha ini merupakan fasa pertama dalam rancangan ekonomi baharu negeri Selangor untuk merangsang pembangunan ekonominya. Negeri Selangor dijangka meneroka bidang-bidang lain termasuk meluaskan sistem jaluran lebar (broadband) dan sistem tanpa wayar (wireless) ke seluruh negeri Selangordi samping membangunkan Pulau Indah.

Bagi memastikan pakej ini menempa kejayaan, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta dari dalam dan luar negara. Kerajaan Selangor hendak menginisiasikan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan agensi-agensi kerajaan lain dalam perancangan dan peleksanaan usaha-usaha tersebut. Kerajaan Selangor juga hendak melibatkan Majlis Perniagaan Selangor dan kumpulan perniagaan lain yang berminat menyertai perbincangan ini.

Di samping usaha ini, kerajaan Selangor sudahpun menjalankan beberapa langkah bagi menghadapi isu pemberhentian pekerja, misalnya dengan melancarkan pendaftaran dalam talian (on-line) bagi mereka yang diberhentikan kerja atau sedang mencari pekerjaan.

Dengan yang demikian, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sangat-sangat berharap agar Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menyokong usaha-usaha murni ini kerana kita percaya pembangunan ekonomi mesti merentasi semua perbezaan politik demi melindungi kebajikan rakyat seluruhnya.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, March 3, 2009

SEKITAR DUN BAWAH POKOK DI PERAK

Seperti yang dijadualkan, sidang DUN Perak terus di adakan walaupun di bawah pokok kira kira seratus meter dari banguanan SUK yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak. Bangunan SUK mula di tutup petang semalam dan sebarang keluar masuk orang luar tidak di benarkan. Jalan menghala ke SUK juga ditutup dengan kawalan polis dan FRU.

Orang ramai mula berhimpun sekitar jam 8.30 pagi bagi mengiringi ADUN Pakatan Rakyat yang dijangka tiba sekitar jam 9 pagi. Walaubagaimanapun perhimpunan telah dihalang dengan pagar polis yang berkawal sejak semalam. Wartawan dari seluruh media termasuk luar Negara kelihatan Tak ketinggalan para bloggers. Ketibaan pertama pimpinan PR di kawasan perhimpunan ialah YB Dr Lee Boon Chai MP Gopeng. Beliau telah bertindak mengawal keadaan yang agak kecoh dengan Provokasi beberapa samseng melayu yang di fahamkan dari pertubuhan PEKIDA. Kawan kata tukang tarik kereta…….

Ketibaan YB dan pimpinan Pakatan Rakyat dengan dua buah bas diketuai YAB DS Menteri Besar bersama Speaker dan ADUN lain. Mereka diiringi oleh petugas Pakatan Rakyat menuju kawasan kawalan Polis. Pergerakan rombongan itu di sekat oleh budak samseng melayu umNO dari PEKIDA. Mereka mengeluarkan kata kata dan tindakan yang jelas mencabar kesabaran penyokong PR. Apa yang malang polis yang berkawal seakan tidak Nampak kekecohan di depan mata mereka ( MUngkikah ada persepakatan polis dan budak sialan ini untuk mengeruhkan suasana agar polis boleh bertindak?)

Namun dengan taktik petugas , kesemua ADUN Pakatan Berjaya melintasi sekatan dan berada di dalam kawalan polis. FRU yang bertugas telah menghalang rombongan tersebut. Di fahamkan beberapa tindakan kasar dari ANJING yang berkeliaran telah berlaku terhadap ADUN PR. Usaha Ngeh berunding dengan polis yang kemudiannya menghubungi Bapa Barua- Abdul Rahman Setiausaha Kerajaan Perak gagal.

Rombongan kemudiannya bergerak ke bawah pokok kira kira 100 meter dari SUK. Persidangan berlaku dengan meluluskan ususl iaiatu;

01. Menyokong Menteri Besar DS HJ Nizar Jamaludin- usul Titi Serong disokong ADU N Canning
02. Membubarkan DUN Perak yang di bawa ADUN Teja yang di sokong Hutan Melintang.
03. Usul penangguhan dewan diuslu oleh DS Menteri Besar di sokong ADUN Sungkai.

Selesai persidangan, Semua ADUN dan pimpinan rakyat bergerak ke Pejabat DAP untuk sidng akhbar. Beberpa insiden kecil berlaku di hadapan pejabat kerana kumpulan samseng melayu yang berkumpul di KOPITIAM milik pimpinan umNO. Mereka membaling gelas, bekas rokok dan batu kepada penyokong dan pimpinan PR.


DARI KEDAI INILAH BATU , CAWAN DAN BEKAS ROKOK MELAYANG KE ARAH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT. YANG NI PUN POLIS TAK AMBIL TAHU



KUMPULAN SAMSENG YANG MENGHALANG JALAN ADUN PR MENUJU KE SUK. KAWAN KATA PELIDA ADA KATA umNO, ADA KATA TUKANG TARIK KERETA, ADA KATA SAMSENG...APAPUN SAYA BERESETUJU KESEMUANYA.POLIS YANG MELIHAT TINDAKAN DAN MENDENGAR MAKI HAMUN MEREKA MEMBUTAKAN MATA DAN MEMEKAKKAN TELINGA. PENYOKONG PR TETAP BERSABAR KERANA MENYEDARI IANYA PROVOKASI


UNDI SOKONG USUL BAWAH POKOK. BUKAN PASIR BERDENGUNG.... NAK LAWAN KERAJAAN BINGUNG


IDHAM LIM ATAU CINA MUSLIM ADUN TITI SERONG BENTANG USUL SOKONG DS NIZAR SEBAGAI MB PERAK

Renungan

Assalamualaikum Pertamanya tahniah pada pakatan rakyat yang terus berjuang untuk mendapatkan hak rakyat dan takziah pada kerajaan Umno yang menyalahgunakan segala jentera kerajaan semata-mata nak mengekalkan kerajaan mereka di Perak..kelam kabut kita rakyat perak..salah siapa..?Di dalam kitab tafsir (Fi Zilal Al Quran)karangan Syeikh Al-Allamah Syed Qutb ada menerangkan bagaimana suatu keadaan huru hara pernah berlaku di Mesir pada zaman pemerintahan Firaun apabila dia mengisytiharkan diri nya sebagai tuhan sebagaimana Firman Allah taala yang menceritakan kebiadaban Firaun:
قال لئن اتخذت الها غيري لأجعلنك من المسجونين
Ertinya :
(Berkata Firaun dengan bongkaknya)Sekiranya kamu mengambil tuhan yang selain daripada aku maka aku akan memasukkan kamu ke dalam penjara.dan firman Allah lagi di dalam menceritakan kebiadaban Firaun:
قال ءامنتم له قبل أن ءاذن لكم إته لكبيركم الذي علمكم السحر فلأقطعن أيديكم وأرجلكم من خلاف ولأصلبنكم في جذوع النخل ولتعلمن أينا أشد عذابا وأبقى
Ertinya :
Adakah kamu wahai ahli sihir sekalian..beriman dengannya(Musa)sebelum aku izinkan?Dia(Musa) adalah orang yang pandai ilmu sihir..maka jika kamu mengikutinya (Musa) akan aku potong tanganmu dan kakimu secara bersilang dan pasti aku akan menyalibmu ke batang kurma dan ketika itu kamu akan tahu siapa yang lebih kuat dan keras siksaannya.Mengikut fadhilatus Syeikh Syed Qutb kedua-dua ayat di atas jelas menceritakan bagaimana biadabnya Firaun di dalam mengekalkan kekuasaannya dan terus menerus menentang rasul utusan Allah iaitu nabi Musa a.s dengan mengugut pada ayat yang pertama tadi dengan hukuman penjara kepada sesiapa yang ingkar dengan perintahnya.Menurut Fadhilatus Syeikh Syed Qutb Firaun terpaksa menggunakan kekerasan kerana beliau tidak mampu berhujah dengan nabi Musa a.s di dalam mempertahankan ketuhanannya di hadapan rakyat jelatanya apabila Nabi Musa a.s mengeluarkan hujah-hujah yang menampakkan kebenaran dakwah baginda..Apabila Nabi Musa a.s menguatkan lagi bukti kerasulannya dengan menunjukkan mukjizat yang Allah berikan padanya iaitu menukarkan tongkatnya menjadi ular..maka kata Firaun nabi Musa a.s adalah tukang sihir yang paling besar..ini dapat diketahui pada ayat yang kedua apabila Firaun mengumpulkan sebanyak-banyaknya ahli sihir yang pandai melakukan sihir untuk berlawan dengan nabi Musa a.s Mengikut riwayat Imam Ibnu Kathir jumlah ahli sihir Firaun mencecah hingga puluhan ribu..dikerahkan untuk melawan Nabi musa yang hanya ditemani oleh saudaranya Nabi Harun a.s maknanya Firaun menggunakan seluruh jentera kerajaannya dari jabatan tukang sihir negara..untuk melawan Nabi Musa a.s dan saudaranya Nabi Harun..cuba la bayangkan punya la takutnya firaun..Apabila berlaku perlawanan antara tukang sihir dan Nabi Musa a.s Allah taala telah menunjukkan kekuasaannya yang maha agung di mana tongkat nabi Musa a.s telah berubah menjadi ular yang paling besar dan menelan puluhan ribu ular yang dijelmakan oleh ahli sihir Firaun.Syeikh Syed Qutb menerangkan alangkah takjubnya para tukang sihir dengan kekuasaan Allah itu kerana mereka yang dikerahkan untuk melawan nabi musa ini adalah tukang sihir berjawatan tetap dan berpengalaman malah kesemua mereka adalah yang pakar(atau profesional)bukannya berjawatan sandaran atau kontrak (tempoh percubaan)sementara..Bila sahaja mereka melihat kejadian tongkat mereka yang bertukar menjadi ular telah ditelan oleh tongkat Nabi Musa a.s yang Allah tukarkan mennjadi ular yang paling besar dan mengerikan dan menelan ular-ular ahli sihir itu maka ahli shir semuanya menjadi gerun dan percaya bahawa apa yang ditunjukkan oleh mukjizat nabi Musa itu bukan sihir yang biasa..tetapi adalah datangnya dari suatu kuasa yang besar..lalu mereka sujud kepada Allah..bertaubat dan memohon keampunan sambil berkata :
أمنا برب العالمين. برب موسى وهارون.
Ertinya :
Kami beriman dengan tuhan sekelian alam .Dengan tuhan kepada Musa dan Harun.
Apabila firaun melihat perkara itu bagaimana kebangkitan gelombang rakyatnya daripada golongan kakitangan kerajaan dari jabatan tukang sihir negara pun sudah menyokong Nabi Musa dan Nabi Harun dengan menyatakan keimanan mereka kepada Allah tuhan yang sebenarnya ..maka berlakulah dialog di dalam ayat yang kedua tadi iaitu firaun mengugut akan memotong tangan dan kaki sekelian tukang sihir dan menyalib mereka sekiranya mereka enggan kembali kepada agama asal mereka iaitu menyembah dirinya yang diangkat sebagai tuhan...sungguh kejamnya firaun apabila melakukan kekerasan terhadap tukang-tukang sihir yang telah beriman..dan tidak mahu menukar keimanan itu dengan harga yang murah..akhirnya syahidlah mereka dengan keimanan mereka di dalam kematian yang cukup memilukan.namun kata Imam Ibnu Kathir ketika mereka dipotong tangan dan di salib itu Allah mengambarkan kepada mereka tempat tinggal mereka di dalam syurga yang penuh nikmat sebagai balasan di atas kesabaran mereka di dunia.
Begitulah kebiadaban firaun yang Allah gelarkan dia sebagai Thogut iaitu pelampau..dan inilah pelampau sebenarnya apabila menzalimi dan menyakiti makhluk yang lain atas dasar ingin mengekalkan kekuasaan.Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin Umno dan penyokong-penyokong Umno..tolonglah jangan menimbulkan huru -hara di Perak ini dan menjadikannya sebagai alasan untuk menganiayai orang lain...hormatilah hak rakyat tiada sesiapa yang nakkan negeri ini kucar -kacir..ingatlah Allah taala berkuasa di atas segala sesuatu....Huru -hara yang berlaku sekarang ini adalah berpunca dari kalian juga...yang merampas kuasa di bumi Perak...
Akhirnya jangan jadi macam satu cerita arab Badwi( orang Asli)di Mesir yang suatu hari dia dalam perjalanan ke pasar..di tengah perjalanan dia sakit perut nak tercirit..lalu bertinggunglah dia di tengah jalan tanpa mencari tempat yang sesuai untuk melepaskan beraknya...maklum sahajalah mereka ni tiada peraturan..dalam perjalanan balik daripada pasar dia menggunakan jalan yang sama...dan apabila sampai ditengah jalan dia terpijak najis yang cukup menjijikkan..cair pekat kuning dan berbau...sungguh meloyakan...bukan main lagi dia memaki hamun siapa yang berak di tengah jalan itu...dengan katanya...aku sumpah dan melaknat manusia yang membuang najisnya merata-rata..sambil mengangkat tangannya dan berdoa: Ya Allah..aku adalah hambamu yang teraniaya kakiku dicemari oleh najis manusia yang tidak bertanggungjawab ya Allah..kau robekkanlah punggung si pemberak yang tidak bertanggungjawab ini.Lalu setelah membasuh najis itu dia pun meneruskan perjalanannya..di tengah perjalanan pulang tiba-tiba dia diserang oleh sekumpulan perompak dan orang Badwi ini melawan dan akhirnya berakhir dengan dia ditikam dari belakang di punggungnya ketika menonggeng bergelut dengan seorang lagi anggota perompak..tersungkur orang Badwi ni tadi sambil memikirkan nasibnya...tiba-tiba barulah dia teringat...najis cirit yang dipijaknya tadi adalah najisnya sendiri dan doa orang yang dizalimi itu memang makbul masalahnya dia telah mendoakan kehancuran kepada dirinya sendiri apabila menyedari dialah manusia yang tidak bertanggungjawab itu yang berak merata-rata kah-kah,kahak..kui..kui Jadi kepada orang Umno janganlah jadi macam orang Badwi ni dah berak merata-rata marah pulak sapa yang berak.. Macam kome la ye dah kome huru harakan bumi Perak marah pulak kat orang lain haaa...kah kah kahakahak kan bodoh namanya tuuuu kah kah kah
(El Azhar ex Student 93-98)El Zagazig

'live' dari perak- malaysiakini

12.22pm:Satu lagi rekod sejarah dunia tercipta hari ini di perak… Sidang DUN yang sepatutnya bersidang di dalam dewan Bangunan SUK terpaksa di pindahkan ke perkarangan tempat letak kereta 100 meter dari pejabat SUK..Yang menariknya,sidang ini berlangsung di bawah pokok dengan dua usul tergempar telah diluluskan…

Rasanya rekod sidang pokok yang dipengerusikan oleh speaker Sivakumar hari ini tidak akan dapat dipecahkan oleh mana-mana negara di dalam dunia ini di abad ini dan di abad yang akan datang…

Kita juga mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan FRU yang bertungkus lumus dalam menjayakan sidang ini dengan jayanya…

11.48am:Semua ADUN PR beredar meninggalkan pejabat DAP untuk kembali ke tempat penginapan masing-masing sambil dikawal ketat oleh Unit AMAL dan petugas khas yang dilantik

11.28am:Lebih kurang 500 orang penyokong Pakatan Rakyat(PR)sedang berkumpul dihadapan pejabat DAP bagi memberikan sokongan kepada semua ADUN PR yang berada di pejabat DAP.

Kelihatan beberapa pemimpin PR dan ahli-ahli Parlimen sedang memberikan ucapan kepada penyokong PR.

Mereka menaikkan sepanduk dan melaungkan ucapan sokongan kepada kerajaan PR negeri Perak.

11.00am:YAB MB mengatakan di sidang media dimana beliau mengecam tindakan polis yang menghalang ADUN PR daripada memasuki Bangunan SUK dan mengecam tindakan kasar ke atas beberapa orang ADUN.

Berita sepenuhnya akan menyusul

10.57am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau meminta mereka supaya tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini.
10.53am: Ngeh juga berkata Speaker Sivakumar akan mengambil tindakan menghina terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri.

10.50am: Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata hari ini adalah yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis.

10.49am Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut aturan dan peraturan.

10.46am Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

10.35am Sidang Media tergempar akan diadakan bila-bila masa di pejabat DAP yang berdekatan dengan Bangunan SUK. Dihadiri oleh semua ADUN PR dan hampir 100 orang wartawan

Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker Sivakumar memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili speaker.

Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Sivakumar. Thomas berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.

10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

Sidang Media Tergempar

Sidang Media tergempar akan diadakan bila-bila masa di pejabat DAP yang berdekatan dengan Bangunan SUK. Dihadiri oleh semua ADUN PR dan hampir 100 orang wartawan

Sidang DUN Perak - terkini

10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang tergempar DUN dibuka dengan bacaan doa. 10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan. Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

10.15 am

Speaker, YB V.Sivakumar umumkan kawasan berdekatan dengan SUK, iaitu kira-kira jarak 100 meter sebagai tempat untuk bersidang. Sidang Dewan DUN Perak sedang berlangsung

10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas.

Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan.

Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

9.59 am
Di laporkan pergaduhan nyaris berlaku akibat PROVOKASI tersebut. Peluang untuk orang ramai sekitar melihat perangai UMNO UMNO yang datang berkumpulan.
Mereka tidak sedikit pun takut dengan polis polis yang berada di sekitar.


9.57 am
Penyokong UMNO sekarang sedang masih lagi cuba PROVOK YB YB pakatan Rakyat dengan bahasa lucah dan terlalu dekat dengan YB YB. FRU masih berkawal di depan bangunan.
Rakyat sedang memerhati tingkah laku UMNO yang berada di sana.

9.53 am
Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut. - laporan dr malaysiakini

9.50 am
FRU telah mengarahkan perhimpunan bersurai kalau tidak semua mandi.
Fru juga membenarkan Speaker Siva untuk masuk. tapi siva sorang. dan dia keluar semula dan menanti jam tepat pukul 10.00 pagi.

9.47 am
Di laporkan DUN Perak melencong ke Regency Hotel berdekatan SUK. Di sekat oleh kira kira 200 penyokong UMNO yang memekik carut dan macam macam lagi.

9.43 am
Malaysiakini baru start buat laporan terkini dari Perak... klik sini

9.40 am
Wak sekarang berada di sekitar SUK. di sekitar ada antara kakitangan SUK yang turut memerhati dari jauh. Mereka cukup perihatan dan kecewa dengan tindakan MB baru yang menghalang DUN untuk bersidang. Ramai juga yang sokong MB Nizar nampaknya. Antaranya Makcik yang pakai baju kurung hijau ni di sebelah kanan wak. Dia tak perasan tu ... wakakak !!!

9.38 am
DAP's Kula is accompanied by the whole team of PR Aduns and they are now about 60 metres from the entrance to the building. They have been mobbed by reporters.

9.37 am
EXCO dan ADUN PR sudah kelihatan di SUK
laporan dari anilnetto ...

9.34 am
idhamlim .. cinaislam melaporkan,

Semua 28 ADUN PR sekarang bergerak ke Bangunan SUK, tempat dewan akan bersidang pada jam 10 pagi ini.

Kami menjangkakan, kami dapat melaksanakan sidang seperti yang direncanakan

9.33 am
Dari jauh wak lihat ada beberapa orang berkumpul di satu tempat sambil memekik mekik. menurut laporan anilnetto .. ada pertikaman lidah antara penyokong UMNO dan PR. jeritan "kurang ajar !!! kurang ajar !!!"

9.27 am
Ramai yang hadir adalah terdiri dari mereka mereka yang ingin melihat perkembangan. Tiada kelibat penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul. FRU dan SB sedang berwaspada.

Rasanya berkumpul di depan SUK adalah satu tektik untuk kaburi. Sedangkan DUN dan Speaker mungkin berada di tempat lain.

Tak tau .. sedang menanti perkembangan.


terima kasih

malaysiakini

politik banjar!

wak raden notoumno!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...