Oleh arekey
"Assalamualaikum WBT.
Kemelut yang melanda PKR Selangor merupakan satu manifestasi atas sikap PKR itu sendiri.Pemimpin PKR perlulah muhasabah diri dan duduk sama dalam jemaah islam dalam menghadapi apa jua masalah yang mereka hadapi. Apa yang berlaku dalam PKR Selangor merupakan pembersihan dalam parti itu sendiri.
Kalau kita lihat sejarah islam, Berlakunya peristiwa israq mikraj merupakan satu pembersihan yang dirancang allah swt terhadap umat islam pada masa itu. Cuba kita lihat pada masa israq mikraj, ramai umat islam yang murtad kerana tidak percaya pada apa yang nabi alami pada masa itu. Jadi yang tinggal adalah umat islam yg solid imannya. Then umat yang solid ini lah nabi bawa berhijrah dari kota mekah ke kota madinah
Begitu juga dengan PKR, pemimpin mestilah muhasabah diri dan buang ego diri jauh-jauh dan tgk kembali tahap grassroot siapa yang bantu anda dalam pilihanraya dahulu. Ini kerana orang yang ‘tukar baju’ apabila Selangor jatuh ke tangan PR juga tidak kurang ramainya dan org PKR sendiri tidak kenal siapa lawan dan siapa kawan. Dan pemimpin PKR haruslah sedar bahawa yang bnyk membantu PKR adalah bukan dari ahli PKR sendiri.
Oleh itu janganlah melantik hanya org PKR sahaja yg dilantik sebagai org kanan, sebaliknya lantiklah orang yang betul-betul bekerja dengan PKR masa pilihanraya dahulu kerana orang ini saya percaya mereka bekerja bukan berkehendak habuan projek semata mata. Saya suka ambil contoh Wiliam Leong ahli parlimen selayang yang melantik orang PAS sebagai orang kanan beliau walaupun menerima kritikan dari ahli PKR kerana bagi beliau orang ini lah yang membantu beliau dalam PRU dahulu. Manakala orang PKR lain timbul setelah PKR menang diselangor
No comments:
Post a Comment