Beri kesempatan Pakatan Rakyat bukti kejujuran
BARISAN Pakatan Rakyat selepas PRU12 mempunyai kejujuran untuk memerintah negara. Kejujuran dimaksudkan ialah telus, tidak rasuah dan tidak berkroni. Saya lihat di Selangor terutamanya tekanan demi tekanan oleh kerajaan negeri lalu seolah-olah cuba mengaburkan pandangan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Namun rata-rata tidak mudah tertipu dengan tindak tanduk desperado ini yang kerjanya hanya untuk melemahkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan dan seterusnya akan tidak memilih pakatan sebagai kerajaan semula. Rakyat sudah arif macamana mereka bekerja dahulu dengan kronisme, rasuah, keluar negara tanpa had, dan menjual tanah-tanah milik Melayu kepada orang asing.
Tidakkah malu mereka untuk melemahkan Pakatan sedangkan mereka sendiri sudah diketahui umum tembelang masing-masing. Mungkin mereka belum merasakan pembalasan Allah terhadap mereka, buatlah kezaliman, tipulah rakyat, lambat laun kebenaran akan terdedah juga. Ingat janji Allah dalam al-Quran. Rata-rata tindakan
Bekas Menteri Besar yang sekarang menjadi menteri pergi ke kampung-kampung untuk mengambil hati rakyat adalah dilihat amat tidak jujur dan retorik. Kalau mereka belum sedar maka sedarlah tentang wayangan yang mereka lakukan diperhatikan oleh rakyat di atas pagar yang seperti saya.
Saya yang mengundi Barisan amat terkejut dengan tindakan mereka dan tidak mustahil pada pilihanraya yang akan datang saya akan mengundi Pakatan. Syabas, Menteri Besar Selangor, Anda Profesional dan tahu melayan karenah mereka-mereka ini. Kepada ahli Barisan di luar kerajaan jangan cepat melatah dan jangan tunjuk kuasa, rakyat bukan bodoh malahan kami belajar tinggi dan faham apa yang tersurat dan tersirat.
BEKAS PEMBANTU POLITIK
No comments:
Post a Comment