Ditulis oleh Editor
Monday, 30 June 2008
Saya tiba ke Kedutaan (Turki) awal pagi, berlepas dari Quality Inn (Hotel, Shah Alam) Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita! Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.
Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.
Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.
Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.
Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.
ANWAR IBRAHIM
Monday, June 30, 2008
Friday, June 27, 2008
Pembersihan PKR
Oleh arekey
"Assalamualaikum WBT.
Kemelut yang melanda PKR Selangor merupakan satu manifestasi atas sikap PKR itu sendiri.Pemimpin PKR perlulah muhasabah diri dan duduk sama dalam jemaah islam dalam menghadapi apa jua masalah yang mereka hadapi. Apa yang berlaku dalam PKR Selangor merupakan pembersihan dalam parti itu sendiri.
Kalau kita lihat sejarah islam, Berlakunya peristiwa israq mikraj merupakan satu pembersihan yang dirancang allah swt terhadap umat islam pada masa itu. Cuba kita lihat pada masa israq mikraj, ramai umat islam yang murtad kerana tidak percaya pada apa yang nabi alami pada masa itu. Jadi yang tinggal adalah umat islam yg solid imannya. Then umat yang solid ini lah nabi bawa berhijrah dari kota mekah ke kota madinah
Begitu juga dengan PKR, pemimpin mestilah muhasabah diri dan buang ego diri jauh-jauh dan tgk kembali tahap grassroot siapa yang bantu anda dalam pilihanraya dahulu. Ini kerana orang yang ‘tukar baju’ apabila Selangor jatuh ke tangan PR juga tidak kurang ramainya dan org PKR sendiri tidak kenal siapa lawan dan siapa kawan. Dan pemimpin PKR haruslah sedar bahawa yang bnyk membantu PKR adalah bukan dari ahli PKR sendiri.
Oleh itu janganlah melantik hanya org PKR sahaja yg dilantik sebagai org kanan, sebaliknya lantiklah orang yang betul-betul bekerja dengan PKR masa pilihanraya dahulu kerana orang ini saya percaya mereka bekerja bukan berkehendak habuan projek semata mata. Saya suka ambil contoh Wiliam Leong ahli parlimen selayang yang melantik orang PAS sebagai orang kanan beliau walaupun menerima kritikan dari ahli PKR kerana bagi beliau orang ini lah yang membantu beliau dalam PRU dahulu. Manakala orang PKR lain timbul setelah PKR menang diselangor

Tuesday, June 24, 2008
129 Ahli Parlimen BN Berpakat Zalimi Rakyat
129 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di parlimen semalam telah berpakat untuk menyokong usul Kerajaan BN berkenaan penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang. Usul itu dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan dibahaskan selama tujuh jam dari pukul 12.30 tengah hari oleh seramai 18 wakil rakyat iaitu sembilan daripada BN dan sembilan wakil pembangkang, antaranya Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Usul itu pada mulanya dipersetujui diputuskan melalui undi persetujuan suara semasa sidang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Ronald Kiandee.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang bertegas mahukan pengundian dijalankan melalui belah bahagi berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat Perkara 44 (3) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan mesyuarat selepas itu bersetuju dengan cadangan pembangkang.
Kesemua 78 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir menolak usul berkenaan demi memperjuangkan tuntutan rakyat agar harga minyak diturunkan.
Rakyat yang memerhati dari luar kamar parlimen pastinya berasa amat kecewa dengan sikap sombong dan zalim pemimpin BN yang secara membabi buta menyokong usul yang dikemukakan walaupun rakyat dikawasan parlimen mereka juga merasai keperitan kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini.
Inilah natijahnya bila rakyat memberikan sokongan majoriti kepada BN bagi menguasai parlimen. Arahan ketua Whip dan Perdana Menteri BN menjadi satu arahan yang wajib didengar. Walaupun ada kalangan ahli parlimen BN yang tidak bersetuju dengan dasar ini seperti Mukhriz, tapi mereka enggan menolaknya demi menjaga periuk nasi mereka.
Harga minyak dinaikkan lebih awal pada 4 Jun lalu sebelum persidangan Parlimen dan tindakan membawa usul berkaitan dengan kenaikkan ini seumpama satu tindakkan menghina rakyat yang kini terhimpit. Memang memalukan, kerana harga minyak naik dulu sebelum diluluskan diparlimen. Ini adalah satu tindakan yang tidak demokratik dan drakonian kerana suara rakyat dan wakilnya langsung tidak diendahkan.
Perdana Menteri BN juga sebelum ini melarang rakyat berdemontrasi dan anggota polis dikerah mengawal bantahan rakyat. Pergerakkan dan kebebasan rakyat dikongkong. Ini menjadikan rakyat semakin tidak selesa dan tertekan. Inilah hadiah dari BN atas usaha sebahagian rakyat yang masih kabur dan enggan menukar Kerajaan pada pilihanraya lalu.
Disaat rakyat Selangor bergembira dengan khabar pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu oleh kerajaan PAKATAN, seluruh negara tegar bermuram durja atas kezaliman BN! tahniah penyokong BN. Anda telah masukkan pasir dalam periuk nasi SENDIRI!
Dan jangan lupa, ANDA juga BERDOSA pada seluruh rakyat yang tertindas kerana undi anda pada BN! ANDA juga tergolong dari kalangan PENZALIM dan sesungguhnya orang yang ZALIM dan PEMBANTU-PEMBANTU mereka itu akan menerima balasan masing-masing kelak!
Kepada mereka yang telah insaf dan menolak tindakkan BN ini, ayuh sertai bantahan satu juta rakyat di Padang Timor, Petaling Jaya (Depan Amcorp Mall), jam 10 pagi pada 6 Julai nanti.
Sampaikan mesej ini pada semua rakyat untuk bergabung bagi memberikan tekanan pada BN untuk turunkan harga minyak!

Pakatan Rakyat
Beri kesempatan Pakatan Rakyat bukti kejujuran
BARISAN Pakatan Rakyat selepas PRU12 mempunyai kejujuran untuk memerintah negara. Kejujuran dimaksudkan ialah telus, tidak rasuah dan tidak berkroni. Saya lihat di Selangor terutamanya tekanan demi tekanan oleh kerajaan negeri lalu seolah-olah cuba mengaburkan pandangan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Namun rata-rata tidak mudah tertipu dengan tindak tanduk desperado ini yang kerjanya hanya untuk melemahkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan dan seterusnya akan tidak memilih pakatan sebagai kerajaan semula. Rakyat sudah arif macamana mereka bekerja dahulu dengan kronisme, rasuah, keluar negara tanpa had, dan menjual tanah-tanah milik Melayu kepada orang asing.
Tidakkah malu mereka untuk melemahkan Pakatan sedangkan mereka sendiri sudah diketahui umum tembelang masing-masing. Mungkin mereka belum merasakan pembalasan Allah terhadap mereka, buatlah kezaliman, tipulah rakyat, lambat laun kebenaran akan terdedah juga. Ingat janji Allah dalam al-Quran. Rata-rata tindakan
Bekas Menteri Besar yang sekarang menjadi menteri pergi ke kampung-kampung untuk mengambil hati rakyat adalah dilihat amat tidak jujur dan retorik. Kalau mereka belum sedar maka sedarlah tentang wayangan yang mereka lakukan diperhatikan oleh rakyat di atas pagar yang seperti saya.
Saya yang mengundi Barisan amat terkejut dengan tindakan mereka dan tidak mustahil pada pilihanraya yang akan datang saya akan mengundi Pakatan. Syabas, Menteri Besar Selangor, Anda Profesional dan tahu melayan karenah mereka-mereka ini. Kepada ahli Barisan di luar kerajaan jangan cepat melatah dan jangan tunjuk kuasa, rakyat bukan bodoh malahan kami belajar tinggi dan faham apa yang tersurat dan tersirat.
BEKAS PEMBANTU POLITIK

Friday, June 13, 2008
Selepas air, Kerajaan Selangor janji banyak lagi faedah
SHAH ALAM: Sempena 100 hari penubuhan kerajaan Selangor yang baru, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa lagi langkah untuk memenuhi falsafah berkongsi pendapatan negeri dengan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
Antara yang telah dikenal pasti ialah penubuhan Tabung Warisan Bayi Selangor dan lembaga kebajikannya sendiri untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada yang memerlukan, termasuk pelajar.
Menurut Setiausaha Politik kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad, langkah-langkah baru bagi menyokong pemberian rebat air untuk membantu penduduk Selangor menghadapi cabaran baru berikutan kenaikan harga minyak akan diumumkan Menteri Besar pada 20 Jun ini.
Melalui Tabung Warisan Bayi Selangor, kerajaan negeri bercadang menyediakan peruntukan dan bantuan kepada semua bayi yang berdaftar dan ia dibuka untuk semua bayi yang dilahirkan pada atau selepas Jan tahun ini.
"Maklumat lanjut dan program-program lain akan kita perkenalkan untuk berkongsi pendapatan dengan rakyat akan dibuat sempena kemuncak perayaan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, yang akan kita adakan di Stadium Malawati di sini.
"Turut sama pada majlis itu nanti ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presidennya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Pada sambutan itu, kata beliau, kerajaan negeri akan membuka satu kios khas di mana ibu bapa boleh mendaftarkan bayi mereka untuk menikmati faedah yang akan disediakan melalui tabung berkenaan.
Ditanya mengenai mekanisme tabung itu, terutama sama ada ibu bapa perlu mencarum dalamnya, Nik Nazmi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia berkata, semua itu akan diumumkan oleh Khalid nanti.
Jelas beliau, kerajaan negeri sangat serius untuk berkongsi pendapatannya dengan rakyat seperti yang telah terbukti dengan pemberian secara percuma 20 meter padu air kepada semua penduduk Selangor mulai Isnin depan.
Perkongsian itu, tegasnya, terutama bantuan yang akan disalurkan melalui lembaga kebajikan kerajaan negeri itu akan dibuat berasaskan keperluan seseorang tidak mengira latar belakang agama atau bangsa.
Sebagai langkah proaktif berikutan kenaikan harga barangan, tambah Nik Nazmi, kerajaan negeri telah pun membeli beras secara pukal yang akan diagihkan kepada mereka yang layak bersempena sambutan itu.
Oleh SA'ODAH ELIAS : mSTAR Online

Wednesday, June 11, 2008
Boikot?
Jangan Beli
jangan Jual
Jangan Iklan
Jangan Layan pun…
next SINAR, jika tidak berubah perangainya…kita akan lancarkan BOIKOT, mereka ada edaran antara 70-80K sahaja, dan kebanyakkan pasarannya ialah pencari berita alternatif. Iaitu “KITA”, sekali kita lancarkan Boikot mungkin tidak bertahan lama, akhbar tu…
Operasinya di Shah Alam, dan saya mohon kepastian adakah SINAR dibayar oleh kerajaan terdahulu dalam bentuk kontrak..sejumlah RM470,000 setahun?
Kebelakangan ini pengisian beritanya seolah-olah utusan juga, jadi kita belum mengambil tindakan untuk memboikot namun, tindakan ini akan bergantung kepada sikap ikhlasnya yang akan ditunjukkan.
Semalam saya ada menegur sikap wartawan SINAR yang tidak merujuk sumber maklumat yang diterima, mereka hanya mengesahkan dari orang yang memberitahu…umpama jika orang itu menyatakan beliau Perdana Menteri, sinar akan bertanya kepada orang yang memberi kenyataan itu, jika orang berkenaan mengatakan ia, SINAR akan siarkannya, tidakkah ini tindakan yang tidak masuk akal, Tanya sipencuri , diakah yang mencuri?, sudah tentu dia tidak mengaku, yang mengesahkan mencuri dalam konteks ini hanya Makhamah.
Saya kesal setelah maklumat diberi manipulasi maklumat masih berlaku seolah olah tidak menghormati maklumat yang kita beri. Saya faham, wartawan tidak akan rasa bersalah (tidak boleh menarik balik tulisannya) tetapi tindakan SINAR mengurangkan kredibiliti akhbar itu sendiri. Akhir akhbar ini hanya akan diisi dengan berita berita sampah, jika dikutipnya berita seluruh pelusuk Selangor dengan hanya siapa yang sanggup buat kenyataan tanpa usul periksa punya atau kebenaran berita itu.
Saya teringat satu hadis tidak silap saya, (maklumlah bukan alim sangat), jika kamu menerima berita dari orang munafik hendaklah disiasat dulu kebenarannya, dengan erti kata lain, juga orang yang tidak mencari kebenaran berita dan maklumat (tanpa usul periksa) juga tergolong dari orang yang menyebar berita palsu atau fitnah. Maka fitnah itu lebih buruk dari dosa orang membunuh.
Saya berpendapat, janganlah sampai SINAR mempunyai sikap sebegini, peganglah pada etika kewartawanan dengan penuh keinsafan bahawa Allah s.w.t mempertanggungjawabkan dengan apa yang anda tulis.
Sekian
Arijan Osman

Tuesday, June 10, 2008
SAMBUTAN 100 HARI PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU NEGERI SELANGOR
20 JUN 2008 (JUMAAT)
STADIUM SHAH ALAM
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR
ACARA:
9 PAGI - 12 MALAM : PAMERAN DAN JUALAN GERAI IKS
7.30 MALAM : SOLAT MAGHRIB & SOLAT SUNAT HAJAT BERJEMAAH
9 MALAM : UCAPAN OLEH Y.A.B. TAN SRI DATO` ABDUL KHALID BIN IBRAHIM,
DATO` MENTERI BESAR SELANGOR
Penceramah:
Ketua Umum PKR,
Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)
Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Presiden PKR,
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Pemimpin DAP,
Lim Kit Siang
Lokasi: Stadium Shah Alam
Tarikh: 7.00mlm 20 Jun 2008 (JUMAAT)
Permit: LULUS
Jom pakat penuhkan Stadium Shah Alam!
Sumber : Kerajaan Negeri Selangor, Malaysiakini, Malaysia-today

Thursday, June 5, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)