Wednesday, June 3, 2009

Stadium Runtuh: Apa Manifestasinya?

Kalau kita menjadi rakyat yang cerdik, sudah cukup kita menghukum UMNO/BN dengan hal-hal penyelewengan dan rasuah dalam projek-projek pembangunan untuk rakyat. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Negara Eropah yang lain, pembayar cukai menyedari hak mereka dan tidak teragak-agak menggunakan hak mereka untuk menghukum kerajaan yang korup.

Mereka tahu bahawa pembangunan negara menggunakan wang mereka yang dipotong dari cukai pendapatan dan ribuan cukai lain. Bezanya ialah wang rakyat itu bukan secara langsung keluar dari poket mereka. Kalaulah mereka berfikir sudah tentu mereka sedari bahawa wang mereka awal-awal lagi telah diambil oleh kerajaan melalui potongan cukai, duti import dan sebagainya.

Stadium runtuh adalah manifestasi pengurusan projek yang gagal. Sudah tentu berlaku penyelewengan dan urus tadbir yang tidak baik. Ini mengakibatkan kos yang melambung tinggi tetapi hasil kerjanya tidak memuaskan. Entah berapa juta lagi diperlukan pula duit rakyat untuk membaiki kerosakan. Rakyat, seperti dinyatakan tadi, tidak berasa apa-apa kerana duit tidak diambil dari poket mereka secara langsung.

Izinkan penulis, mendedahkan beberapa ‘projek menyakitkan hati’ di daerah Kemaman, yang penulis lihat dan ketahui. Para pembaca lain sudah pasti mempunyai lebih banyak maklumat tentang projek-projek kerajaan BN yang menyakitkan hati ini. Antaranya, mercutanda ala UFO di depan Balai Bomba, Taman Chukai Utama. Setelah habis hampir RM5 juta, ada hasilnya sekarang? Indahkah UFO itu (umpama UFO rosak yang mendarat di Chukai)? Satu lagi projek BN. Duit siapa tu? Siapa kaut untung?

Kedua, Jambatan Sungai Pinang yang terbengkalai sudah dua tahun. Sampai ke hari ini, pengguna yang berulang-alik setiap hari terpaksa menanggung seksa. Jalan sementara tidak diturap, berlopak apabila hujan dan berlubang-lubang. Duit sudah habis berjuta-juta untuk projek itu tetapi apakah hasilnya kini? Siapa untung dari satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional ini?

Ketiga, projek pembetungan sepanjang jalan Kampung Mak Chili Paya. Sudah berapa kontraktor yang meninggalkan tugas dengan tidak sempurna? Sudah berapa juta duit rakyat hangus tetapi kualiti buatannya amat menyedihkan. Ada tempat bertutup dan ada bahagian tidak bertutup sehingga membahayakan pengguna jalan raya. Itu belum pasti lagi pembentungan itu berjaya mengalirkan air ke sungai dengan sempurna. Sudahlah jalan di hadapan JPJ menghala ke arah parit dan jalan bertebingkan parit dalam yang tidak baiki. Apabila berlaku kemalangan dan kematian, barulah wakil rakyat BN turun padang.

Keempat, pergilah ke jalan dan lorong mana pun, sudah pasti kita akan sakit hati melihat jalan rosak yang tidak dibaiki. Rosaknya masuk berbulan-bulan tanpa tindakan kerajaan Barisan Nasional. Seolah-olahnya wakil rakyat tidak pernah melalui jalan itu dan wakil rakyat BN memang tidak peduli pun kesusahan rakyat. Mereka cuma ghairah hendak bagi projek besar kepada kroni-kroni mereka. Dan kontraktor kroni inilah yang membaham keuntungan untuk di bahagikan komisyen sesama mereka. Tengoklah Jalan Mak Lagam-Cheneh dan Pasir Gajah-Air Putih. Selesakah rakyat setelah habis wang berjuta.

Kelima, bocor di sana bocor di sini bermula dari Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dan terkini Masjid Kristal kebanggaan Idris Jusoh. Macam mana projek yang melibatkan ratusan juta duit rakyat di bawah satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional boleh menjadi begitu rendah mutu buatannya. Apa yang dapat dibanggakan untuk pelancongan kalau pelancong didedahkan dengan baldi dan besen penadah air hujan.


Stadium runtuh adalah rentetan jambatan terbengkalai, pembentungan separuh masak, jalan beralun dan berlubang dan kebocoran di sana sini. Untuk dibaiki segala kerosakan ini, kerajaan akan menyuntik ratusan juta ringgit lagi. Poket dan akaun bank rakyat disedut lagi. Hanya rakyat yang tolol terus bermurah hati untuk memberi undi setiap kali pilihanraya untuk Barisan Nasional. Kalau kalian menjadi rakyat yang cerdik, penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan sahaja pun sudah cukup untuk kalian menafikan undi untuk BN.

Monday, June 1, 2009

Kemasukan Ahli Baru

Adalah diharap ahli2 UMNO yg ingin menyertai PKR secara khusus dan PR secara am nya hendaklah faham dan memperjuangkan prinsip2 parti PKR (wadah perjuangan PKR) dan bukan hanya kerana kekecewaan terhadap isu2 seperti kegagalan ketua tidak dilantik menjadi ‘org kuat’ UMNO/hilang kuasa.

Diharap kepimpinan PKR saring dan ketahui matlamat perjuangan mereka2 yg ingin sertai PKR kerana rakyat tidak mahu nanti yg sertai PKR (lompat dari UMNO) akan meninggalkan parti PKR kemudian hari hanya kerana perjuangan mereka berlandaskan ‘mahukan kuasa’.

Rakyat mahu pemimpin yg berjuang untuk rakyat bila diberi peluang bukan berjuang untuk kuasa dan lupakan rakyat.

Biro Penerangan Hulu Langat

Menjawab Rencana Zulkiflee Bakar, Mingguan Malaysia

Suka saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Zulkiflee Bakar di muka 8 Mingguan Malaysia. Didalam kolum Rencana, artikel yang ditulis oleh Zulkiflee Bakar bertajuk “Menilai Hujah Husam” antara lain telah menjatuhkan maruah penyunting akhbar arus perdana dan penganalisa politik tempatan.

Sebagai seorang yang rapat dengan pihak media, saya merasakan tulisan Zulkiflee ini satu penghinaan kepada pengamal media dan menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau. Saya berharap ini bukanlah mentaliti yang dikongsi oleh kakitangan dan pengurusan Utusan Melayu.

Di dalam artikel tersebut, Zulkiflee ada menulis seperti berikut,

“Apakah dosa besar yang dilakukan oleh UMNO terhadap PAS sehinggakan sesiapapun pemimpin PAS yang cuba berbaik-baik dengan UMNO harus disingkirkan.”

Bersandarkan kepada anggapan bahawa tulisan Zulkiflee berlandaskan niat yang baik, ternyata ia hanya menunjukkan sikap malas penyunting akhbar ini untuk melakukan sedikit kajian. Berikut saya senaraikan diantara dosa besar UMNO terhadap bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti politik tetapi kepada ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS.

* Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.

* Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.

* Bukankah ini jelas satu penganiayaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan.

Dosa ini berterusan sehingga ke hari ini walaupun ada usaha oleh segelintir pihak di dalam PAS untuk membawa parti itu bekerjasama dengan UMNO.

Sikap barbarik UMNO sebenarnya amat dahsyat sekali dan saya amat pelik bila Zulkiflee seolah-olah tidak pernah mendengar Tragedi Memali yang berlaku pada subuh November 21, 1985. Ketika itu Presiden UMNO ialah Tun Dr. Mahathir dan Timbalannya adalah Tun Musa Hitam.

Tuan Guru Haji Hadi dan Anwar Ibrahim, tak lekang dengan fitnah dan dakyah dari UMNO

Saudara Abd. Rahman telah menulis di Muslimedia, January 16-31, 1999 yang saya temui di internet, antara lainnya,

“The police had surrounded the whole village by then, motorist to and from Memali were stopped and their names taken. Ustaz Ibrahim had just finished his daily lecture – kuliah subuh – after prayers,”

Beliau kemudian menyambung,

“On that day, the police numbered around 4,000; they were heavily armed and dangerous. They were acting on orders from Mahathir (Presiden UMNO) to arrest Ibrahim Mahmood, the man the villagers were ready to defend till their last drop of blood – which they did.”

* Sejarah mencatatkan seramai 14 orang terbunuh dan mereka terdiri dari lelaki dan perempuan yang bersama Ustaz Ibrahim menunaikan sholat subuh.

* Al Shahid Ibrahim adalah ‘orang’ PAS begitu juga mangsa yang lainnya.

* UMNO menerusi medianya menyalahkan Presiden PAS sekarang dengan berulang kali mengaitkan kejadian tersebut dengan Amanat Haji Hadi.

* UMNO menuduh mereka yang terkorban mempertahankan hak mereka yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan sebagai telah termakan hasutan Tuan Guru Haji Hadi.

* UMNO melepaskan tanggungjawab mereka terhadap kejadian itu dan sehingga hari ini menyalahkan PAS.

Tidak cukup dengan penyalahgunaan kuasa dan keganasan terhadap Parti lawan, UMNO juga seringkali sanggup membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara untuk mencapai hasrat mereka dalam merampas apa yang diberi Rakyat kepada PAS.

Kalau Zulkiflee boleh tidak ingat kepada kejadian Memali sudah tentu Zulkiflee juga tidak tahu tentang peristiwa Turn About About Turn.

Bagi mereka yang merasakan bahawa apa yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang membelakangkan undang-undang dan pencabulan terhadap mandat rakyat, mungkin anda akan lebih terkejut dengan peristiwa ini.

Turn About About Turn adalah satu kejadian dimana 4 wakil rakyat PAS termasuk speaker Dewan Negeri Kelantan telah diculik, dikurung dan dipaksa membuat kenyataan media mengaku mereka menyertai UMNO.

Peristiwa yang berlaku pada 1968 ini sepatutnya berakhir dengan speaker yang diculik memanggil sidang Dewan Negeri bagi meluluskan usul Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar PAS. 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri yang diculik pula akan hadir ke sidang Dewan dan menerusi undi mereka, Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan akan tumbang.

Berikut adalah rentetan apa yang berlaku,

* Pada 25 Julai 1968, YB Umar Muhammad (ADUN PAS) yang ketika itu di dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Tanah Merah telah ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya. YB Mustapha Ahmad, Ahli Parlimen PAS Tanah Merah yang mengekori YB Umar melaporkan bahawa YB Umar dibawa menaiki kereta Ketua Polis Tanah Merah ke Balai Polis Kota Bharu.
* YB Umar kemudian tidak dapat dikesan selepas dibawa masuk ke Balai untuk soal siasat.
* Pada 2 Ogos 1968, Suratkhabar (mungkin Utusan Melayu terbabit sama) melaporkan 4 ahli Dewan Undangan Negeri PAS Kelantan telah masuk UMNO. Mereka ialah YB Abdullah Haji Yusof, YB Umar Muhammad, YB Abdul Rahman Muhammad Soleh dan YB Yusof Abdul Latif, Speaker Dewan Negeri.
* UMNO terus menggunakan media dan pada 3 Ogos 1968 dan 4 Ogos 1968 menabur fitnah dengan menyebut nama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang lain turut juga menyertai UMNO dan menyebabkan Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS telah tumbang.
* UMNO Besut dan Tanah Merah secara besar-besaran menyebarkan dakyah dengan pelbagai cara untuk menghancurkan hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS dengan menyebarkan lakaran kubur PAS serta masuk ke kampung-kampung dengan kenderaan yang dipasang speaker melaungkan “PAS dah Mampus. PAS dah Mampus dan Perikatan memerintah Kelantan.”
* Pada 18 Ogos 1968, 4 ahli YB PAS Kelantan telah dipaksa keluar dalam televisyen mengisytiharkan sokongan kepada UMNO.
* Selepas pengisytiharan di Televisyen, keempat-empat YB itu dibenar pulang ke Kelantan dengan kenderaan yang dikawal rapi oleh polis.
* Pada 20 Ogos 1968, Speaker Dewan Negeri yang telah isytihar menyokong UMNO mengendalikan persidangan khas Dewan Negeri.
* 2 Ahli Dewan Negeri PAS yang turut isytihar menyertai UMNO telah memberitahu Dewan Negeri bahawa mereka tetap ahli PAS dan melafaz taat setia kepada Parti Islam SeMalaysia itu.
* Usul yang ditaja UMNO tumpas dan PAS terus memerintah Kelantan sehingga Pemimpin PAS membawa PAS menyertai Barisan Nasional.
* Akibatnya dalam pilihanraya umum 1974, PAS tidak lagi berdepan dengan UMNO dan ini memudahkan UMNO untuk merangka episod seterusnya membunuh PAS.
* Selepas itu, BN bertegas melantik Menteri Besar yang tidak mendapat sokongan padu dari PAS.
* Akibatnya PAS berpecah dan akhirnya kehilangan Kelantan.

Di atas tadi adalah antara dosa besar UMNO. Dan jika diambil kira juga tindakan-tindakan zalim UMNO kepada orang-orang perseorangan di dalam PAS dengan pelbagai cara termasuklah menghumbankan mereka ke dalam penjara sebagai tahanan politik, tentu sekali tidak tercatat banyaknya.

Begitu juga penghinaan dan diskriminasi kepada penduduk-penduduk kampung yang mengundi PAS.

Zulkiflee Bakar juga mempersoalkan mengapa PAS boleh duduk semeja dengan DAP tetapi tidak dengan UMNO. Zulkiflee juga berpendapat bahawa DAP menentang penubuhan negara Islam yang dikatakan menjadi agenda PAS.

Adalah bukan suatu yang pelik bagi DAP menentang penubuhan negara Islam kerana rata-rata pemimpin, ahli dan penyokong DAP adalah terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam. Bagaimanapun DAP tidak pernah bertindak zalim sehingga membunuh, menculik dan mencederakan pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang mahu menegakkan syiar Islam.

Zulkiflee mungkin lupa juga UMNO yang diangkatnya adalah lebih pelik. Ini kerana pemimpin, penyokong dan kebanyakkan pengundi UMNO adalah penganut ajaran Islam. Tetapi mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Mungkin Zulkiflee boleh menjelaskan takrifan orang yang mengaku Islam tetapi menentang ajaran Islam sehingga sanggup membunuh, menculik dan mencederakan, menyekat hak dan menyekat pembangunan dari dinikmati rakyat.

Berbaik dengan UMNO tidak boleh disamakan dengan berbaik dengan DAP. DAP menghormati PAS, menghormati pejuang PAS dan kepimpinan PAS.

Zulkiflee menutup rencananya dengan berkata,

“Kalaulah puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya.”

Persoalan yang dibawa dalam menjadi teras penawaran diri sebagai Timbalan Presiden oleh Haji Husam adalah bukan persoalan puak atau fraksi sebaliknya diasaskan oleh rasa risau atas usaha-usaha oleh segelintir pucuk pimpinan untuk bersama dengan UMNO.

Haji Husam melihat cara terbaik untuk mengangkat kepimpinan ulama ialah dengan terus bersama Pakatan. PAS hari ini adalah parti induk Melayu kedua selepas UMNO. Berbaik-berbaik dengan UMNO tidak akan menjadikan PAS lebih besar sebaliknya berpotensi untuk menguncup dan sampai bilapun tidak mungkin PAS akan muncul sebagai parti induk Melayu.

Sebaliknya hanya dengan berdepan dengan UMNO secara bersemuka di gelanggang demokrasi, PAS akan dapat mengambil alih peranan itu.

Saya akhiri dengan petikan temubual Haji Husam dengan Ahmad Naim Tahir dari Berita Harian,

“Apabila saya menyertai Pas pada 1982, satu daripada sebabnya saya percaya Pas perlu jadi parti peneraju utama dalam negara jika dasar Islam yang komprehensif mahu dilaksanakan. Saya berpendapat jika ada kerjasama politik dengan Umno dalam bentuk berkerajaan, ia akan menyekat kemaraan Pas. Tak mungkin Pas dapat bertanding pilihan raya di kawasan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan ini akan hadkan kerusi Pas lalu Umno tetap jadi parti utama dan perjuangan Islam akan terbiar. Buat masa ini saya berasa Pas mesti berusaha untuk keluar dan memenangi kerusi yang dikuasai Umno dan BN bagi mencapai cita-cita politik parti. Di kawasan ramai pengundi bukan Melayu, rakan Pas seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menguasai kerusi itu, jadi tugas Pas yang utama sekali ialah menarik sokongan Melayu di kawasan kubu kuat Umno seperti di Johor dan Pahang. “

-Kickdefella-

BN masih anggap rakyat bodoh, mudah ditipu

Tidak seperti semua pilihan raya kecil yang pernah dialui oleh rakyat Malaysia sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, kawasan Dun Penanti sepi.

Tiada jentera pembinaan yang sibuk di sana sini menurap jalan. Tiada perasmian balai raya, sekolah, masjid dan surau. Tiada menteri dan pemimpin kerajaan Pusat yang turun bagai Santa Claus mengagih pelbagai hadiah untuk rakyat.

Setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (sebelum ini) pelbagai projek pembangunan dan bantuan diagihkan untuk rakyat. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa projek tersebut turun hanya di musim pilihan raya, dengan cengilnya mereka menjawab: “Ini tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Sebenarnya pembangunan untuk rakyat sentiasa berterusan; sebelum, semasa dan selepas pilihan raya pembangunan tetap ada. Takkanlah haya kerana berlangsung pilihan raya maka rakyat disekat untuk menerima pembangunan? Ini tidak adil.” Molek dan muluk sekali bunyinya. Cakap mengalahkan peguam.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu, apabila diajukan persoalan yang sama, jawapan yang diberi oleh seorang pemimpin BN ialah, “Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang sejak lama, cuma secara kebetulan ia diadakan sewaktu pilihan raya.”

Lucunya, selepas berakhir pilihan raya dan BN tersungkur, semua ‘projek kebetulan’ itu secara kebetulannya pula berakhir. Nah, sekarang apabila BN tidak sertai pilihan raya kecil Penanti, mana pula projek-projek yang telah dirancang dari awal serta projek-projek ‘kebetulan’ itu?

Satu perkara yang menyebabkan BN ditolak rakyat ialah sikap pemimpinnya yang tidak pernah berubah. Salah satu perangainya ialah apabila bercakap mereka seolah-olah menganggap semua rakyat bodoh belaka.

Apabila BN diajukan soalan mengapa tak bertanding di Penanti, mereka menjawab kononnya untuk elakkan pembaziran dan tidak mahu terperangkap dengan mainan politik KeADILan. Mereka fikir rakyat tak tahu bahawa sebenarnya mereka takut kalah.

Apabila beberapa pemimpin kaum India dibebaskan dari tahanan ISA sewaktu berlangsung pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, media tali barut BN menyiarkan komen, terutama dari kaum India, yang memuji muja kerajaan BN kononnya baik hati. Tapi hakikatnya mereka hanya mahu mengambil hati 30 peratus pengundi India di Bukit Selambau.

Adun Kota Alam Shah, Manoharan dibebaskan daripada ISA bersama beberapa pemimpin Hindraf beberapa hari selepas isteri beliau membuat sidang media memaklumkan bahawa Manoharan akan meletakkan jawatan kerana tidak dapat memberi sumbangan untuk rakyat akibat dikurung.

Macam isu sebelumnya, media tali barut BN memuji Najib sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana sanggup membebaskan musuh-musuh politik BN. Walhal, semua rakyat tahu bahawa BN takut Manoharan benar-benar letak jawatan yang menyebabkan berlaku pilihan raya kecil.

Begitu juga, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairudin yang terpalit dengan isu ‘rasuah’ yang dimainkan oleh BN, tiba-tiba dibersihkan oleh SPRM. Semua tahu bahawa tujuan pembersihan itu ialah supaya Fairus menarik balik surat peletakan jawatannya, demi mengelakkan pilihan raya kecil.

Professor Dr Ahmad Atory Hussain, seorang pensyarah pro-BN menyifatkan kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz untuk menerima orang bukan Melayu, asalkan dia Islam, untuk menjadi Menteri Besar, adalah satu usaha untuk memikat pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya kecil Manik Urai.

Mentang-mentang dia pensyarah, dia ingat boleh tipu orang lain dengan kenyataan tidak logiknya itu. Penduduk bukan Melayu Manek Urai tidak sampai 1 peratus, apa yang nak ditarik?

Dalam ‘menjelaskan’ isu Perak, pemimpin BN memberitahu bahawa tiga Adun Pakatan Rakyat yang melompat menyokong BN bukan kerana diculik, diugut dan dirasuah tapi atas keikhlasan sendiri. Anehnya mengapa mereka hilang, tak dapat dikesan sampai beberapa hari?

Takkanlah tiga “haprak” tersebut sengaja mencari masalah, dicaci oleh masyarakat serta dihina oleh pengundi. kalau tidak kerana imbuhan tertentu.

Semua episod pembohongan pemimpin BN terhadap rakyat tidak pernah berhenti.

Najib mengisytiharkan bahawa zaman di mana kerajaan (BN) tahu segala-galanya sudah berlalu. Tapi nampaknya zaman di mana kerajaan (BN) menganggap semua rakyat bodoh-bodoh belaka dan boleh ditipu, belum lagi berakhir.

(Harakahdaily)

KENYATAAN MEDIA - Penanti

KENYATAAN MEDIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM BERKENAAN KEMENANGAN DI PILIHAN RAYA KECIL DUN PENANTI

Syabas kepada jentera pilihan raya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Sdr Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.

Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda Perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihan Raya Kecil ini membuktikan KEADILAN masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.

Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi Rakyat.


ANWAR IBRAHIM

Thursday, May 28, 2009

Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - Dr Hatta

Azamin Amin
Thu | May 28, 09 | 2:10:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut. Iklan

Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.

"Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.

Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.

"Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.

Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.

"Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi.

"Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan 'desperate' untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ," katanya.

Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti 'bercerai susu' daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat.

"Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat.

"Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini," katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang.

Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tuesday, May 26, 2009

Siapa Aminah untuk minta PKR dibubarkan

SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.

Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapok dek zaman itu.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Wednesday, May 13, 2009

MENTERI BESAR HARAM DIBENARKAN JALANKAN TUGAS MENTERI BESAR HALAL

MOHAMED HANIPA MAIDIN: Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;

Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi .

Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Tuesday, May 12, 2009

Ku Li sokong DUN Perak dibubar

Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tindakan kerajaan BN di Perak juga tidak sah menghalang sidang tergempar DUN pada awal Mac dan usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan Speaker, V Sivakumar pada persidangan paling kecoh, Khamis lepas.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Nizar gantung tugas dua pegawai kanan

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim. Sehubungan dengan itu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad dilantik untuk memangku tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.
Mstar.

Monday, May 11, 2009

update : Nizar Menteri Besar sah Perak

kemaskini 4.58pm : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.Malaysiakini.

Terkini

“Ya Allah, Syukur Ya Allah! Syukur!” Allah Akhbar!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda (yang bermaksud): “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.
(H.R. Bukhari)

Pemimpin Islam

The Life of Iranian President Ahmedinejad



The FoxNewsTV (USA) asked the Iranian President Ahmedinejad,

'When you look into the mirror in the morning what do you say to yourself'?

He answered: I see the person in the mirror and tell him 'Remember' you are no more than a small servant, ahead of you today is the heavy responsibility, and that is to serve the Iranian nation'.

Ahmedinejad, the Iranian President who astonished many when he first reached to the office of the Presidency by donating all the high valued Iranian carpets to one of the mosques in Tehran by replacing them with the low cost ordinary carpets. He observed that there was a huge extravagant lounge for receiving and welcoming the VIPs and he ordered it to be closed and asked the protocol office to arrange for an ordinary room only with wooden chairs.

On many instances he joins the cleaning staff of the municipality for cleaning the streets in the area where his home and the Presidency are located.

Under his authority whenever he appoints any minister to his post he gets a signed document from him with many points particularly highlighting that he shall remain poor and that his personal and his relatives accounts will be watched and the day he leaves the ministry shall be with dignity, and therefore it is not lawful for him or his relatives to take any advantage of his office. First of all he declared himself for all the 'Big' wealth and the property he owned was a Peugeot 504 car, model 1977, an old small house inherited from his father 40-years ago in one of the poorest zones in Tehran . His accounts with a zero balance and the only money comes in to his a/c was from his salary from the university as a lecturer with an amount of US$ 250 only.

For your info rmation the President still lives in that same house. This is all what he owns; the president of one of the world's important countries; strategically, economically, politically and with regard to its oil and defense. He even doesn't take his personal salary with the argument that all the wealth belongs to the nation and he is the safeguard over it.
One of the things that impressed the staff at the presidency is the bag the President brings with him every day, which contains his breakfast; some sandwiches or bread with olive oil and cheese prepared by his wife and eats and enjoys it with all happiness.

One of the other things he changed was his personal carrier 'the President's Aircraft' to a cargo aircraft in order to save the spending from the public treasury and he ordered that he will be flying with the ordinary airline in the economy class.. He organizes meetings every now and then with all the ministers to know their activities and efficiency and he closed down the office of the Manager of the president and any minister can enter to his office without any permission. He also stopped the welcome ceremonies like the red carpet, the photo session or any personal advertisement or respect of any kind while visiting any place in the country.

Whenever he has to stay in any of the hotels he asks them to make sure not to give him a room with any big bed because he doesn't like to sleep on beds but rather likes to sleep on the floor on a simple mattress with a blanket..

Refer to some of the photographs which also confirm the above. The Iranian president is sleeping in the guest room of his house after getting away from his special guards who follow him wherever he goes and photo is taken by his small brother according to the Wifaq Newspaper which published this photo and the next day the photo was published in most of the world's newspapers and magazines and particularly the Americans. During the prayer you can see that he is not sitting in the first row. And the final photo is of his dining room where the president is busy eating his simple meal.









Try comparing this with the emoluments and privileges our ministers get ...... plus the amount they loot

How many of our PMs, Ministers & politicians enjoy(?) such a life!!! lu pikir le sendiri

Raja

Rakyat adalah maharaja tanpa mahkota. Justeru, kuasa adalah milik mutlak rakyat yang dipinjamkan sementara kepada pemimpin sekadar lima tahun. Pemimpin yang memperoleh kuasa sementara dari rakyat hendaknya bertanggungjawab dalam mengurus cukai yang dikutip dari keringat rakyat menjadi harta negara untuk tujuan mentadbir negara, memajukan negara, membayar gaji pemerintah negara dan gaji perkhidmatan awam negara.

Dengan ungkapan lain, pendapatan negara dan kemewahan pemimpin adalah hasil dari keringat rakyat yang dikutip melalui cukai. Oleh sebab itu, para pemimpin wajib memelihara harta negara yang diperoleh dari cukai rakyat.

Firman Allah : “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (QS 66 : 6)

Ungkapan kata neraka menyentuh seluruh tata hidup manusia semasa hidup dan selepas mati. Perilaku jenayah atau penjenayah adalah C4 kepada orang yang baik, penyakit yang meranapkan keamanan bermasyarakat dan bernegara, di samping mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan manusia sejagat. Di manakah terletaknya sarang penyakit itu? Sabda Rasulullah: “Perut manusia itu tempat segala penyakit”. (Riwayat ad-Dailami).

Sedia maklum bahawa perut itu tempat mengisi makanan. Makan bukan sahaja sebagai satu cara untuk meneruskan hidup, bahkan apa yang dimakan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Justeru agama, khususnya agama islam mewajibkan penganutnya hanya memakan makanan yang halal, yang juga diperoleh dari sumber yang halal.

Menyentuh soal rasuah. Rasuah bukan pendapatan atau rezeki yang diperoleh dengan cara yang halal. Betapa Rasulullah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. Sabda Baginda yang bermaksud : “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan dicampak ke dalam neraka”. (Riwayat Al-Turmizi)

Rasulullah bukan sahaja melaknat bahkan memberi amaran keras kepada para pemberi dan penerima rasuah sebagai bakal dicampak ke dalam neraka. Amat nyata bahawa rasuah itu tidak halal. Dengan ungkapan lain, seluruh yang terlibat memasak dan memakan hasil rasuah itu, sudah tentu memakan makanan yang tidak halal.

Makanan yang tidak halal itu akan disimpan di dalam perut sebagai penyakit. Penyakit dari sumber makanan yang tidak halal itu, sudah tentu menjelma dalam pelbagai bentuk penyakit tingkah laku, sehingga keluarga yang sepatutnya harmoni, bertukar menjadi porak-peranda tanpa kasih sayang laksana neraka.

Perut seluruh warga perasuah yang di isi dengan makanan dari sumber yang ada janji neraka kehidupan untuk mereka akan berkembang menjadi neraka hidup berkeluarga, neraka hidup bermasyarakat dan neraka hidup bernegara di persada antarabangsa.

Demikianlah, masyarakat dan negara akan menuai dari apa yang telah disemai sebelumnya. Kalau begitu, jauhilah rasuah dan jangan berani memberi makan keluarga dari sumber rasuah. Bahana rasuah buruk padahnya kepada agama, masyarakat dan negara.


- Naspaz

Wednesday, April 8, 2009

2:1 REFERENDUM RAKYAT



RAKYAT TELAH BERSUARA...

SAYA MENGANGGAP INI ADALAH REFERANDUM RAKYAT.

SATU MESEJ JELAS YANG TELAH BERMULA SEJAK 8 MAC 2008 LAGI...

MASALAH 15 TAHUN OLEH RAKYAT DI KAWASAN PRK DI SELESAIKAN SEMALAMAN...

AGAK-AGAK KALAU TAKDA PRK...SELESAI ATAU TAK MASALAH 15 TAHUN RAKYAT TERSEBUT????

30 TAHUN TANAH BERSTATUS HARAM...SETINGGAN SUSAH HATI....TIBA-TIBA AGENSI KERAJAAN PUSAT MEMBELI...

KONON MENJADI JAGUH....

PENDUDUK SETINGGAN SUKA HATI...

TERIMA KASIH BN....

TAPI KAMI UNDI PR JUGA...

DI BATANG AIR....

MENGAPA BERSUSAH PAYAH SEORANG MENTERI TURUN DAN MENYERAHKAN SURAT BERANAK KEPADA PENGUNDI????

AGAK-AGAK KALAU TAKDA PRK, DAPAT ATAU TAK SURAT BERANAK MEREKA???

ADAKAH SEORANG MENTERI SANGGUP NAIK HELIKOPTER 3 JAM KE PEDALAMAN SEMATA-MATA NAK SERAHKAN SURAT BERANAK????

JANGAN HARAP.......

RAKYAT TIDAK BODOH......

TIBA-TIBA SEKOLAH CINA DI BUKIT GANTANG DAPAT PERUNTUKAN 1 JUTA RINGGIT....

AGAK-AGAK KALAU AKDA PRK MEREKA DAPAT ATAU TAK 1 JUTA TU????

TAK FAHAM-FAHAM LAGI??????

MASALAH RAKYAT PERLU DI SELESAIKAN SETIAP MASA......

JANGAN HANYA TUNGGU PRK....

JANGAN HANYA TUNGGU LIPUTAN MEDIA.....

RAKYAT AKAN MENGUBURKAN BN.........

MEREKA SUDAH HILANG SABAR..................

Pengumuman Penting

Kuala Lumpur - sejurus selepas kemenangan yng di umumkan SPR semalam, rakan rakan media berpusu menghubungi serta mendapatkan status pengumuman tergempar seperi mana yang telah di janjikan Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa rakan rakan media lain turut di katakan telah bersedia di hadapan rumah beliau di Bukit Segambaut, dan ada yang telah menunggu di Pejabat Beliau.

Sebelum ini beliau telah membuat satu pengumuman penting di hadapan kira kira 8 ribu orang di Dewan HoK Seng Bukit Selambau dimana sejurus selepas menang pilihan raya kali ini satu kejutan ataupun pengumuman akan di lakukan.

Pada asalnya pengumuman tersebut akan di umumkan pada hari Sabtu yang lalu, namun atas faktor keselamtan Bimbang Barisan Nasional akan bertindak balas secara 'liar," Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menangguhkan pengumuman penting bersabit politik negara pada 7 April.

"Berkenaan pengumuman penting yang diperkatakan, kita telah berbincang...kita telah membuat keputusan, kalau kita bagi tahu pengumuman malam ini, risikonya terlalu besar," Anwar memberitahu ribuan hadirin pada satu ceramah di Sungei Lalang, Bukit Selambau, Kedah malam tadi.

"Saya nak tangguh sampai 7 April ini...., menang Bukit Selambau..menang Bukit Gantang...menang Batang Ai, kita sambung pengumuman yang penting ini untuk seluruh rakyat Malaysia," tambah Anwar.

Anwar tidak menghurai atau memberi bayangan mengenai pengumuman yang bakal dibuat oleh beliau pada Selasa ini, selepas berakhirnya tiga pilihanraya kecil serentak di Perak, Kedah dan Sarawak.

Pengarah Strategi Pilihanraya Saifuddin Nasution sebelum ini berkata pengumuman itu memberi kesan terhadap perlantikan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri keenam Jumaat dan mungkin ada kaitannya dengan kabinet baru.

Beberapa Kabinet hangat di perkatakan akan berhijrah sejauh mana kebenaran itu tunggu hingga sidang media tergempar Anwar di Sri Tropicana Merchant Square. - malayadaily

Tahniah YB's


Tahniah buat Yang Berhormat S Manikumar & Yang Berhormat Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin

Tahniah dan Terima kasih banyak-banyak buat Blogger-Blogger semua (Wak al-Banjari, Topeng Perak, Ajijoi, Cyberboron, MSK, Umi dan banyak lagi) atas sumbangan dan pergorbanan kalian....
Hanya Allah yang dapat membalasnya....

Panjatkan kesyukuran kita pada Allah (Buktikan dengan sujud syukur)....
Lepas ni jangan lupa tambah amal ibadat kerana anugerah kejayaan ini.....
Kepada pihak yang kalah jangan dikeji melampaui batas....
Jangan kita terlalu Angkuh atas kemenangan ini.....
Sama-sama kita berdoa agar kita, kawan kita, musuh kita dan semua rakyat Malaysia diberi Hidayah agar dapat menegakkan syiar Islam...

Dari Allah kita datang, Kerana Allah kita berjuang dan jangan lupa kepada Allah kita akan kembali...

Maaf buat musuh jika terluka hati akibat bicara yang beremosi...
Tahniah buat teman seperjuangan dan bersama-sama raikan kejayaan ini dengan membanyakkan puji-pujian kepada Allah yang satu....
Kepada yang diatas pagar itu berhati-hati takut terjatuh, berhijrahlah kearah kebaikan, jauhi kejahatan....

Restu Allah adalah Restu semua termasuk Restu Rakyat....

Thursday, April 2, 2009

Khir Toyo belanja RM1.8juta

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bersama keluarganya dan beberapa orang exco kanan membelanjakan hampir RM 1.8 Juta untuk melakukan 2 trip lawatan ke luar negara, lawatan tersebut termasuk perjalanan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland


Senarai perbelanjaan termasuk lawatan ke Disneyland Paris dan satu persinggahan empat hari laluan transit di Dubai.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.

Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.

Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.

Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Kesemua perbelanjaan bagi perjalanan itu ditanggug sepenuhnya oleh Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB), ianya didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairiyah Abu Hassan di dalam penyiasatan SELCAT hari ini.

Ketika ditanya oleh Pengerusi Komitee SELCAT, yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Kim, mengenai tujuan lawatan ke Morrocco dan Paris, Khairiyah menjawab lawatan ke Morocco merupakan lawatan sambil belajar (pendedahan) mengenai hasil Senibina negara berkenaan.

“Kami mahu melihat sendiri Senibina yang memaparkan keagungan Empayar Islam pada masa silam, dan kami mahu ianya diadaptasi di Selangor” kata CEO PSNB itu.



Tiada apa-apa hasil dari lawatan ke Morroco

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai hasil dari lawatan itu, Kahiriyah menambah tiada apa-apa objektif selain hanya “cakap-cakap” sahaja mahu membina bangunan berdasarkan senibina Morroco itu di Selangor

Penyiaasatan SELCAT juga mendedahkan terdapat penyalahgunaan dalam pembiayaan PSNB untuk tiket penerbangan udara dan penginapan anak-anak Khir Toyo.

Khairiyah apabila ditanya samada terdapat atau tidak di dalam polisi PSNB bagi membiayai anak-anak Lembaga Pengarah bagi lawatan rasmi Perbadanan itu, Khairiyah dengan berat hati menjawab “Tidak” , tetapi tidak menjelaskan lagi dengan lebih detail.

Ketika ditanya mengenai trip ke DisneyLand Paris, Khairiyah berkata lawatan itu merupakan lawatan rasmi atau dipanggil “Lawatan teknikal” untuk belajar konsep “Taman Tema yang terkenal di dunia”, kerana PNSB didalam perancangan mahu membina Taman Tema di Sepang gold coast area in Bagan Lalang.

Didalam pendedahan lain, untuk tujuan yang sama, Khir Toyo membelanjakan RM648,841 wang PNSB untuk rombongan pengiring satu perjalanan sembilan hari ke Honolulu, Hawai dan Disneyland di Orlando, Amerika Syarikat dari Disember 23, 2007 hingga 1 Jan, 2008.

daripada jumlah itu sekitar kira-kira RM110,000 telah dibelanjakan untuk penginapan Khir sahaja manakala RM171,000 dibelanjakan untuk 6 bilik tambahan yang salah satunya adalah untuk anak-anak Khir Toyo.

Trip ke Disneyland, menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa adalah lebih kepada Lawatan percutian keluarga.

Delegasi hanya disambut oleh Pemandu Pelancong

Dokumen juga mendedahkan, tidak ada perbincangan serius antara delegasi yang diketuai Khir Toyo dengan pihak pengurusan Disneyland

“Sebaliknya, delegasi hanya disambut oleh seorang pemandu pelancongan yang daripada agensi pelancongan Selangor, iaitu syarikat yang menguruskan semua perjalanan delegasi rombongan.

“Jika ianya benar2 merupakan Lawatan Teknikal, satu perbincangan serius antara pihak Disneyland dan Delegasi Khir Toyo perlu diadakan, tetapi sebaliknya delegasi rombongan hanya membayar tiket seperti lawatan biasa dan mengakui mereka belajar sesuatu dengan hanya memerhati sekeliling”, jelas Azmin.

Azmin juga menyatakan tiada sebab konkrit yang Khir Toyo membuat Trip Lawatan ke Disneyland itu pada bulan Disember sepanjang Cuti Sekolah.

Khairiyah yang juga salah seorang delegasi rombongan Khir toyo bagaimanapun mempertahankan tindakan bekas Bosnya dan menyatakan yang lawatan itu adalah penting didalam merialisasikan impian PNSB untuk membangunkan Taman Tema di Bagan Lalang.

“Kami, ke sana untuk mempelajari konsep dan membuat perbandingan (dengan Disneyland dari negara2 lain), ” beliau menambah, yang perancangan pembangunan taman tema itu yang akan dibina di tanah seluar 20 hektar di Bagan Lalang.

Teng pula mengatakan ianya cukup tidak masuk akal bagi PNSB yang mahu menguruskan Operasi dan Pembangunan jika hanya pergi membuat lawatan melihat Disneyland.

“Anda membelanjakan banyak duit rakyat, sejumlah RM1.8juta untuk lawatan ke Disneyland di Paris, Orlando, dan Tokyo untuk hanya membina taman tema di tapak seluas 20 ekar?” kata Teng.

Khir ditemani anak dan isteri mengikuti lawatan disamping Khairiyah diatas kapasitinya sebagai CEO di PNSB. Khairiyah juga mengaku yang dia membawa anaknya didalam trip lawatan tersebut tetapi diatas perbelanjaan sendiri.

Minggu lepas, Khairiyah juga mendedahkan Isteri Khir Toyo, Zaharah Kecik merupakan kenalan rapatnya.

Dia menambah bahawa tidak ada jawatankuasa PNSB untuk memperhalusi mana-mana “permintaan” untuk dana PNSB dan bagaimana ianya dibelanjakan. menurutnya, semua permintaan di luluskan oleh lembaga pengarah sendiri.

Report Polis akan dibuat terhadap Isteri Khir Toyo

Siasatan dilakukan bagi mencari sumber lebih RM1juta yang diterima oleh Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (BALKIS) daripada Syarikat milik Kerajaan Negeri dan Swasta.

Zaharah merupakan pengerusi badan itu ketika Khir menjadi Menteri Besar.

Sementara itu didalam sidang akhbar, Teng menjelaskan pelbagai percanggahan-percanggahan ketara telah ditemui semasa perbicaraan itu dan jawatankuasa itu akan mengadakan satu mesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan tindakan selanjutnya.

“Selain dua saksi yang telah menolak untuk menghadiri pendengaran itu, saya berpuas hati dengan kerjasama yang ditujukkan oleh saksi lain. Kita akan meneliti dokumen-dokumen diterima dan akan menyediakan satu laporan sebelum sidang berikutnya bagi dewan negeri,” katanya.

Bila ditanyakan tentang nasib Khir selepas ini, Teng menyatakan dia mungkin akan dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan Negeri bagaimanapon dia tidak mahu mengulas tentang apa keputusan jawatankuasa kelak.

Bagi Zaharah, Teng menyatakan isteri Khir telah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Dewan Negeri 2008 kerana tidak menghadiri perbicaraan.

Khir telah menolak bagi mengulas mengenai perkara itu mengatakan yang dia akan mengarahkan peguamnya untuk menangani perkara itu.

Perbicaraan awam itu merupakan yang pertama kali diadakan oleh Dewan Undangan Negeri di negara ini, ianya bermula sejak 23 Mac 2009.



http://www.anwaribrahimclub.com/

Wednesday, April 1, 2009

Suara Keamanan


Kenyataan Media
31 Mac 2009

Suara Keamanan ganti Suara Keadilan

Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.

Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini.

Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.

Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.(tamat)


Jabatan Editorial Suara Keamanan

Wednesday, March 25, 2009

Hadiah Untuk Khir Toyo

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menerima hadiah mahal bernilai RM3,600 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada 2004 ketika memimpin negeri itu.

Jaket jenama ‘Summer Man’ itu dihadiahkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – ketika itu diketuai isterinya Zaharah Kechik – menggunakan dana sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sempena satu majlis sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan mendedahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) – badan khas yang ditubuhkan di DUN Selangor – yang menjalankan siasatan awam terhadap dana Balkis.

Dalam siasatan yang masuk hari kedua, beliau disoal lima anggota Selcat: pengerusinya Teng Chang Kim, Haniza Talha (PKR-Taman Medan), Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Dua lagi anggota Selcat, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) tidak hadir. Kedua-duanya hadir sesi pagi pada hari pertama, semalam.

Khairiah menjelaskan, PNSB menaja cenderahati berjumlah RM4,200 kepada Balkis, termasuk harga jaket dan bayaran keraian bagi sambutan majlis itu.

Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada bekas menteri besar itu pernah memulangkan hadiah itu dan tidak pula menyedari pernah melihat Dr Mohamad Khir, yang juga pengerusi PNSB, memakainya.

Apabila jawatankuasa itu mempersoalkan tindakan PNSB memberikan hadiah kepada penjawat awam – yang didakwa melanggar perintah am pegawai kerajaan - Khairiah menjawab:

“Ketika itu saya hanya pelaksana sahaja”.

Dalam siasatan sesi pagi, Khairiah berkata beliau mempunyai hubungan “agak akrab” dengan Zaharah tetapi apabila disoal kembali oleh anggota Selcat, beliau menukar jawapannya kepada “akrab”.

Beliau juga menjelaskan, PNSB pernah membayar RM13,000 kepada Abdul Malik Kechik, saudara kandung isteri Dr Mohamad Khir, untuk pakej jamuan dan nyanyian dalam satu majlis berbuka puasa pada September 2006.

Diminta menjelaskan lanjut, Khairiah tidak pasti sama ada Abdul Malik seorang abang atau adik Zaharah.

Apabila disoal lagi, beliau tidak dapat menjelaskan kewajaran acara itu di majlis tersebut kerana gagal mengenal pasti identiti penyanyi tersebut berdasarkan rekod yang ada.

Siasatan awam Selcat hari ini memperhalusi sumbangan sejumlah RM5 juta PNSB kepada Balkis bagi tempoh 2002 hingga 2007.
Setakat jam 4.30 pagi petang ini, apabila siasatan ditangguhkan untuk sesi esok, tajaan sehingga tiga tahun lepas telah selesai disemak.

Teng, juga Speaker DUN, berkata Selcat akan memanggil saksi tambahan daripada PNSB bagi membantu keterangan.

Khairiah tampil sebagai saksi yang ditemani pembantu paling ramai iaitu seramai empat orang, berbanding seorang sahaja pegawai atasan GLC lain semalam.

Siasatan awam itu, yang berlangsung di Pejabat DUN Selangor di Shah Alam, bersambung 10 pagi esok.

Tuesday, March 24, 2009

BN takut rahsia mereka terbongkar

Siaran Media
24 Mac 209

Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar

Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.

Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, pengantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.

“Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat,” jelasnya di Parlimen pagi ini.

Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pergantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.

“Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.

Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.

“Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat,” katanya lagi

Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.

Tindakan pengantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut,” tegas Mahfuz.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Calon Mesra Rakyat

Bakal calon PAS PRK Bukit Gantang ternyata jauh meninggalkan calon BN Ismail Safian dari segi pengalaman dan kelulusan serta personalitinya.
Pemilihan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS untuk Parlimen Bukit Gantang memang tepat dan sesuai dengan situasi politik semasa.

Datuk Seri Mohammad Nizar adalah aset terbaik bagi menguji penerimaan rakyat Perak atas kemelut yang berkecamuk di negeri itu. Keputusan Pilihanraya Kecil tersebut akan mencerminkan samada rakyat bersetuju atau tidak dengan tindakan BN merampas negeri Perak secara tidak demokratik. Selain itu ianya juga akan menentukan samada rakyat termakan atau tidak dengan isu bahawa PR derhaka kepada Raja-Raja Melayu seperti yang dilemparkan oleh BN.

Pemilihan beliau juga menambahkan lagi keyakinan bahawa PR akan menang berdasarkan kepada beberapa kajian dan survey yang dijalankan oleh beberapa badan bebas sejak beberapa minggu lalu di Bukit Gantang.Selain itu Nizar tenyata lebih hebat dan berpengalaman berbanding calon BN Ismail Safian. Latarbelakang beliau memang meyakinkan pengundi.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Posted by SOFI WAHAB

KDN gantung akhbar PKR, PAS

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan - masing-masing selama tiga bulan.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Surat penggantungan Suara Keadilan itu dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Bagaimanapun menurut surat yang dikeluarkan oleh setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

Suara Keadilan edisi krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas menjadi sasaran rampasan KDN.

Hampir 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara.

Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.

Rampasan KDN mula dirancakkan ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Monday, March 23, 2009

DUN S'gor mula siasatan dana Balkis

Jimadie Shah Othman

Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijadual memberikan keterangan esok berhubung isu sumbangan besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor kepada badan amal isteri wakil-wakil rakyat BN negeri itu.

Isterinya Zaharah Kechik - yang juga bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) - akan turut dipanggil pada hari kedua siasatan awam DUN Selangor yang bermula hari ini.

Kedua-duanya dijangka hadir esok sekiranya badan siasatan tersebut selesai mendapatkan keterangan daripada pegawai-pegawai kanan, termasuk setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud.

Ramli dan penjawat awam daripada GLC yang menyalurkan sumbangan sehingga jutaan ringgit terhadap Balkis telah memberikan keterangan dalam siasatan tersebut di bangunan DUN Selangor.

Timbalan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohamad Nordin Darhan, pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Abdul Karim Munisar dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Harun Salim memberikan keterangan dalam sesi pagi ini.

Dalam keterangan, mereka mengakui tiada garis panduan dan kriteria tertentu dalam mempertimbangkan kelulusan untuk sumbangan kepada NGO, termasuk Balkis.

Siasatan awam pagi sesi petang bersambung jam 2.30 petang dan dijangka tamat kira-kira 4 petang ini.

K'jaan Pakatan S'gor perluas konsep kebajikan

Genap sembilan bulan selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 'merakyatkan ekonominya', kini ia melangkah ke fasa kedua program kebajikan tersebut, demikian diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi.

Berucap kepada kira-kira 4,000 orang di Stadium Malawati, Shah Alam, sempena ulangtahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid berkata, fasa kedua itu termasuk bantuan kepada golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri merancang untuk membantu golongan belia dan usahawan untuk memperbaiki gaya hidup meraka.

Kumpulan itu, tambahnya, perlu diberi peluang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri atau meningkatkan lagi kemahiran masing-masing dalam bidang pertanian secara sistematik.

Bagi kakitangan wanita kerajaan negeri pula, kata Abdul Khalid, mereka akan diberi tambahan 30 hari cuti bersalin, menjadi 90 hari.

Di bawah program tersebut, tambahnya, kerajaan negteri sedang memajukan konsep "Rumah Untuk Semua" di mana setiap rakyat Selangor berhak memiliki rumah sendiri berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

Menurutnya, mereka kini boleh membeli rumah sendiri, sama ada banglo, rumah teres ataupun apartmen pada bila-bila masa yang sesuai.

Bagaimanapun, Abdul Khalid kecewa kerana usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor tidak mendapat tempat dalam media arus perdana milik BN.

Menurutnya, tidak mengapa sekiranya media milik BN tidak mahu memberi publisiti terhadap usaha kebajikan tersebut.

Yang penting, katanya, ialah rakyat Selangor dan Malaysia kini sudah bijak dalam membuat keputusan masing-masing.

UMNO semakin "senak"

Oleh Pak Katib

Gambaran terkini di Bukit Gantang sudah jelas bahawa UMNO semakin " senak". Populariti UMNO sudah kian pudar dan tak mustahil pada pilihanraya umum ke -13 nanti UMNO-BN akan terkubur tanpa batu nesan. Di DUN Kuala Sepetang Bulan sudah kian mengambang. Warna hijau sudah hampir menenggelamkan alam maya.

Di Changkat Ibol sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sudah menjadi kubu PAS dulu kini dan selamanya. Apa lagi yang ada pada UMNO sekarang ini hanya bangkai busuk, nanah dan najis yang ditinggalkan.

Pemimpin yang penuh dengan rasuah, kes mahkamah yang belum selesai dari sebabak ke sebabak, budaya kroni yang berleluasa dan fitnah musin pilihanraya yang sentiasa berkumandang di media massa BN.

Semakin lama UMNO bertapak semakin jelas keburukan yang ditonjolkan. Biro Disiplin Umno yang ditubuhkan oleh UMNO nampaknya tidak memberi kesan apa-apa. Hukuman yang dijatuhkan hanya memihak kepada sesetengah "team" sahaja walaupun apa yang diharapkan oleh ahli UMNO adalah pembersihan keseluruhan sehingga ke peringkat orang atasan.


Gundah gelana bagi mereka yang dalam UMNO dihukum tanpa timbang tara yang betul. Senyum lebar bagi team yang buat salah tapi terlepas dan hanya diberi surat amaran. Apa pun itulah undang-undang ciptaan UMNO yang diagungkan oleh sebilangan besar ahli UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Ketua Ali Rustam? Penyokongnya yang dah lama menghimpit dan melobi untuk kemenangan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang dilihat sebagai berat sebelah oleh penyokong Ali Rustam. Apa boleh buat, itulah percaturan politik UMNO. Terlalu ghairah menghentam pemimpin parti lawan akhirnya busuk terpalit ke muka sendiri.


SPRM mungkin masih tidur atau dah terlena didodoi dengan ulit mayang UMNO. Sudah tak dapat membezakan antara rasuah dan politik wang. Bagi rakyat mungkin mereka faham bahawa politik wang dan rasuah adalah nama yang berbeza tetapi perilaku yang sama. Yang menghulur duit itu rasuah. yang menerima duit itu rasuah. Yang menganjurkan majlis atau tujuan melobi juga rasuah. yang membenarkan supaya dianjurkan majlis makan-makan untuk tujuan melobi juga rasuah. semuanya rasuah, tapi bagi UMNO itu bukan rasuah tapi itu adalah politik wang. SPRM pun mungkin kata itu juga politik wang sebab itu lah orang yang didapati bersalah oleh biro disiplin UMNO, belum tentu bersalah mengikut pemahamam SPRM.


Yang ada elemen rasuah bagi SPRM ialah bila S. Sivakumar menggunakan kuasanya mengikut perlembagaan tubuh negeri Perak dengan menjatuhkan hukuman kepada 6 exco BN Perak dan MB BN Zambry. Walaupun Kuasa yang digunakan oleh S. Sivakumar adalah dibenarkan dalam undang-undang tubuh negeri Perak tapi bagi SPRM ianya ada elemen salah guna kuasa. Inilah yang dikatakan bak "isi dan kuku" antara UMNO dan SPRM.


Rakyat yang mula bersuara melalui blog dan ceramah akan dituduh menghasut sedangkan dalam perlembagaan Malaysia pun memang dah termaktub bahawa rakyat ni boleh bersuara. Pakar undang-undang dalam UMNO sebenarnya tahu isi kandungan perlembagaan tapi hanya membisu bak mulut dikunci dan dipatri dengan tembaga besi.


Itu lah UMNO-BN yang kita kenal sudah 50 tahun lebih. Dari zaman yang mula-mula tuntut kemerdekaan hinggalah sekarang cuma dulu pemimpin-pemimpin UMNO sanggup turun padang dan berhimpun ramai-ramai untuk bersama-sama tentang penjajah. Sayangnya sekarang ni penjajah semakin dekat dengan UMNO. Pemikiran UMNO masih dijajah, Perilaku UMNO pun masih dijajah.


Keris yang diusung ke hulu ke hilir atas nama ketuanan Melayu masih belum menyengat. Melayu semakin mundur. Pendidikan Melayu masih ditahap rendah walaupn dah berbilion kerajaan salurkan peruntukan kepada bidang pendidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pula sudah semakin disisihkan. Matematik dan Sains terpaksa diajar dalam bahasa Inggeris atas alasan supaya Melayu lebih maju dan mampu bersaing tapi yang kita nampak pelajar Melayu semakin layu sebab tak berapa faham bahasa Inggeris dan memeningkan kepala mereka untuk menjawab dengan betul. Bila semua ini berlaku maka jadilah bangau oh bangau. saling menyalahkan satu sama lain. Bila tanya pelajar, pelajar kata salah guru yang ajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Bila tanya guru, guru kata Kementerian Pelajaran yang suruh ajar. Bila tanya kementerian Pelajaran. KPM kata ini semua orang politik yang suruh laksanakan. Bila tanya orang politik, ini semua kerja pemimpin UMNO yang nak tengok bangsa Melayu maju. Yang menjadi maju bukan Melayu tapi ahli perniagaan yang jadi kroni UMNO yang dapat kontrak membekalkan peralatan dan bahan pengajaran PPSMI ke sekolah. Pelajar Melayu akhirnya hanya makan ubi kayu.


Sedarlah wahai penyokong UMNO. Semakin lama bersama UMNO semakin parah dan senak kita. Hijarahlah dan renung lah semasak-masaknya. berapa lama lagi untuk kita terus ditipu dan disenandungkan dengan lagu-lagu mengasyikkan. Mimpi kita ada masanya perlu bertukar warna. Warna itu biarlah warna hijau atau biru muda atau merah putih. Jangan lagi mabuk dengan warna biru gelap yang sudah psti akan menggelapkan masa depan kita kini dulu dan selama-lamanya.
-Pak katib

Friday, March 20, 2009

PRK BUKIT SELAMBAU : BN TEWAS PUSINGAN PERTAMA

PKR sudah menamakan calonnya untuk PRK Bukit Selambau. Calonnya Manikumar seorang pemuda yang baru berumur 35 tahun yang berasal dari Bukit Selambau. Terbukti PR khusunya PKR tidak ketandusan calon dari golongan muda. Manakala MIC terpaksa 'menyabungkan' kuda tua yang sudah pasti tidak disenangi oleh golongan pemuda yang rata-rata menyokong perjuangan Hidraf.

Saya yakin dalam hal pemilihan calon MIC/BN sudah tewas. Ini kerana sejak-sejak akhir-akhirnya trend pengundi muda memang menyebelahi PR. Maka dengan pemilihan Manikumar saya yakin PR akan mendapat sokongan hebat dari pengundi muda dan pengundi tua.

Maka BN sebenarnya telah membuat kesilapan dengan memilih calon kesukaan Samy Vellu yang sememangnya dibenci oleh orang India.

Dari maklumat yang saya terima Manikumar memang disukai dan disegani oleh penduduk Bukit Selambau kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sering melakukan kebajikan. Malah beliau sendiri mesra dan senang bergaul dengan penduduk setempat.

Tidak syak lagi BN sudah ketinggalan pada pusingan pertama ini.

-mutaligat-

Thursday, March 19, 2009

MB Harap Adun BN Tingkat Disiplin

SHAH ALAM, - Tindakan sebilangan besar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang tidak menyertai hari terakhir persidangan dewan undangan negeri hari ini dianggap tidak menunaikan tanggungjawab.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai wakil rakyat, antara tanggungjawab mereka adalah membahaskan isu berkaitan rakyat di dalam dewan.

“Saya harap (mutu) disiplin mereka ini mesti dipertingkatkan pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media selepas persidangan Dun petang tadi.

Abdul Khalid berkata Adun Pakatan Rakyat (PR) telah menunjukkan kematangan dalam perbahasan sepanjang enam hari persidangan berlangsung.

Katanya, selain meluluskan Rang Undang-undang Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009, persidangan kali ini turut meluluskan empat usul yang dibawa Adun PR.

Keempat-empat usul berkenaan ialah pertama, mengiktiraf kebebasan kerajaan negeri dan anak-anak syarikat membuat sumbangan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada mana-mana pihak yang difikir sesuai, kedua menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua aduan rasuah dan salah guna kuasa secara meluas dan bebas berdasarkan merit tanpa memilih kes tertentu.

Usul ketiga ialah mendesak kerajaan persekutuan akur dan mengutamakan hak serta kepentingan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dalam rundingan pembelian semula pengurusan air dari syarikat-syarikat konsesi dan keempat ialah menggesa kerajaan negeri mengatasi keadaan ekonomi yang semakin merosot demi kepentingan rakyat.

Mesyuarat pertama penggal kedua kali ini turut membahaskan usul tergempar mengenai usaha Pejabat Pembangunan Negeri Selangor yang menjalankan program ‘People Centric’ untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan persekutuan dengan menjatuhkan imej dan kredibiliti pemimpin dan kerajaan negeri.

Mengulas mengenainya, Abdul Khalid berkata walaupun tindakan itu boleh dibuat oleh BN, tetapi ia adalah satu bentuk kesalahan tatatertib pegawai kerajaan yang tidak seharusnya berlaku.

“Menggunakan pegawai-pegawai yang dibayar (gaji) melalui cukai negara (untuk program) ini adalah satu kesalahan tatatertib,” katanya.

NOOR ALLIA KASSIM

'People centric' bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat

SHAH ALAM, Hrkh) - Pelaksanaan program 'people centric' oleh Pejabat Pembangunan negeri Selangor mempunyai matlamat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. Iklan

Menurut Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi organisasi parti memang sudah dibenarkan tetapi BN mengambil pendekatan 'people centric'.

Saya fikir mungkin jenama BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat sebab itu mereka berusaha mencari cara lain untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya ketika menyokong usul Kampung Tunku-DAP, Lau Weng San.

Katanya, sekarang BN melibatkan SPRM yang sepatutnya menjadi suruhanjaya bebas dan bersifat berkecuali.

"Saya lihat usaha BN yang menggunakan SPRM telah menjatuhkan kerajaan negeri Perak dan tindakan ini akan dilakukan di negeri Selangor," dakwanya.

Menurut beliau, berhubung pemberian lembu pada hari raya Aidiladha di masjid Bandar Tun Razak dan penyelenggaran kereta Lexus Menteri Besar, BN telah menjadikan isu itu sebagai landasan utama mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Selangor.

Beliau berharap kerajaan negeri Selangor berhati-hati serta menyiasat kemungkinan wujudnya elemen 'musuh dalam selimut' di jabatan kerajaan khususnya pejabat Menteri Besar.

"Apakah tindakan Menteri Besar untuk mengesan musuh yang berjaya membongkar rahsia jabatan ke luar dan mereka selesa bekerja dengan Ketua yang lepas," katanya.

Taman Templer (BN), Dato' Subhan Kamal mencelah mengatakan kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat konon telah melakukan kerja dengan baik dan tidak perlu takut dengan penubuhan 'people centric' kerana ia merupakan satu cara BN membantu rakyat.

Beliau berkata, jika benar kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan tanggungjawab yang terbaik sudah pasti dalam pilihan raya akan datang memperolehi kemenangan. - lanh _

Thursday, March 5, 2009

KENYATAAN AKHBAR

RANGSANGAN BARU PAKEJ EKONOMI NEGERI SELANGOR


SHAH ALAM: Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan Malaysia sedang berada di ambang kemelesetan. Sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia, negeri Selangor kini bersedia mengambil tempat di hadapan dalam usaha membantu merancakkan ekonomi negara dan pada masa sama menyeimbangi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Bagi merealisaikan pertimbangan tersebut, mesyuarat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (AMKN) hari ini mengenal pasti lima bidang utama untuk mencipta pemangkin pembangunan ekonomi Selangor. Lima bidang tersebut:
1] Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan
perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab.
2] Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem
transit aliran ringan (LRT).
3] Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor
oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
4] Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap pembangunan semula
kawasan terbiar termasuk di Petaling jaya dan Klang.
5] Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai.

Lima bidang usaha yang utama ini dijangkakan mampu mencipta peluang pelaburan yang melebihi RM50 bilion dan menyediakan lebih 15 ribu peluang pekerjaan.Kerajaan Negeri percaya inisiatif ini dapat memberikan peluang sewajarnya kepada Industri Kecil dan Sederhana (SMI), iaitu sektor yang paling teruk terjejas akibat kegawatan ekonomi sekarang.

Usaha ini merupakan fasa pertama dalam rancangan ekonomi baharu negeri Selangor untuk merangsang pembangunan ekonominya. Negeri Selangor dijangka meneroka bidang-bidang lain termasuk meluaskan sistem jaluran lebar (broadband) dan sistem tanpa wayar (wireless) ke seluruh negeri Selangordi samping membangunkan Pulau Indah.

Bagi memastikan pakej ini menempa kejayaan, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta dari dalam dan luar negara. Kerajaan Selangor hendak menginisiasikan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan agensi-agensi kerajaan lain dalam perancangan dan peleksanaan usaha-usaha tersebut. Kerajaan Selangor juga hendak melibatkan Majlis Perniagaan Selangor dan kumpulan perniagaan lain yang berminat menyertai perbincangan ini.

Di samping usaha ini, kerajaan Selangor sudahpun menjalankan beberapa langkah bagi menghadapi isu pemberhentian pekerja, misalnya dengan melancarkan pendaftaran dalam talian (on-line) bagi mereka yang diberhentikan kerja atau sedang mencari pekerjaan.

Dengan yang demikian, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sangat-sangat berharap agar Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menyokong usaha-usaha murni ini kerana kita percaya pembangunan ekonomi mesti merentasi semua perbezaan politik demi melindungi kebajikan rakyat seluruhnya.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...