Monday, January 24, 2011

PANAS: Badrul Dilarang Masuki Sidang DUN Selangor

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.

Beliau ditahan ketika memasuki pintu DUN oleh pengawal pada pukul 10.02 pagi tadi.

Menurut Badrul Hisham, pihak pengawal memaklumkan mereka menerima arahan daripada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim supaya tidak membenarkannya memasuki dewan kira-kira pukul 10 pagi.



"Saya tak dibenarkan masuk...pengawal dapat arahan daripada speaker pukul 10 pagi tadi," katanya.

Bagaimanapun Badrul Hisham memaklumkan beliau menerima surat jemputan menghadiri persidangan DUN minggu lalu sebelum speaker mengisytiharkan kekosongan kerusinya.

Badrul Hisham bagaimanapun tetap mengikuti persidangan DUN yan antara lainnya untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Bagaimanapun beliau hanya mengikuti sidang khas berkenaan melalui bilik media.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...