Oleh YB Haji Ab Aziz Bin Ab Kadir
Saya, YB Haji Ab Aziz Bin Ab Kadir [Ketereh] akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini membincangkan kejadian bangunan Institiut Oseanografi dan Institiut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sedang dalam pembinaan runtuh, petang semalam yang mengakibat seorang buruh mati dan empat cedera parah."
Tan Sri Yang Dipertua,
Pada 29 Mac 2010 jam 5.10 petang ketika para pekerja sedang sibuk melakukan kerja-kerja binaan di Universiti Malaysia Terengganu tiba-tiba bangunan Institiut Oseanografi dan Institiut Akuakultur Tropika runtuh. Kejadian ini mengakibatkan seorang buruh mati dan empat lagi cedera parah.
Bangunan ini akan digunakan oleh ribuan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan universiti apabila siap kelak. Kejadian ini menjadi tandatanya samaada keseluruhan pembangunan kampus universiti ini selamat dan tidak mengancam keselamatan dan nyawa penggunanya.
Terlalu banyak kejadian keruntuhan dan kecacatan dalam pembangunan projek-projek di Terengganu yang mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Antaranya, keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, keruntuhan kubah Masjid Kampung Puteh, keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok, keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC), kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu dan pelbagai lagi.
Kejadian keruntuhan dan kecacatan ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi akibat kecuaian di semua peringkat dari proses tender hingga kelulusan pembangunannya. Kejadian ini mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Projek prasarana ini akan digunakan ramai orang awam dan perlu penyelesaian segera sebelum lebih banyak nyawa akan terkorban.
Terima kasih
YB Haji Ab Azizi Bin Ab Kadir
Ahli Parlimen kawasan Ketereh
1 comment:
salam,
ada baiknya usul ini dibawa oleh yb kerteh, bukan yb ketereh.
yb ketereh elok bawa usul penguatkuasaan dan kesedaran pemakaian topi keledar yang begitu terabai di kok lanas terutamanya.
Post a Comment