Wednesday, February 4, 2009

07/02/2009 - Malam Save Gaza & Solat Hajat Perdana 10 Ribu

"Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi telah menubuhkan Sekretariat Save Gaza peringkat Bandar Baru Bangi dengan kerjasama ngo-ngo serta surau-surau dan masjid-masjid sekitar Bandar Bangi. Pelbagai program telah disusun untuk dilaksanakan bagi memberi peluang kepada umat islam sekitar Bandar Baru Bangi menyumbang derma dan menunjukkan sikap kepedulian mereka terhadap umat Islam di Bumi Palestin yang sedang dizalimi oleh Yahudi Israel . Kempen ini akan bermula pada 24 Jan – 7 Feb 2009

Acara kemuncak program ini ialah Malam Save Gaza dan solat Hajat Perdana yang akan diadakan pada 7 Februari 2009 jam 8.00 - 11.00 malam bertempat di Stadium seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Acara ini akan mengumpulkan 10 ribu umat Islam Bangi dan sekitarnya bagi menunjukkan sokongan dan kebersamaan dengan perjuangan rakyat Palestin yang dipelopori oleh HAMAS. Program ini yang mengumpulkan badan-badan politik dan badan NGO yang bersatu demi untuk Gaza turut menjemput Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din, YB Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian), YB Dr. Shafie Abu Bakar (Adun Bangi), Wakil UMNO/BN Dr. Ashraf Wajdi Dasuki dan wakil dari GAZA Naji Al-Sarhi. Di samping itu majlis ini turut mempersembahkan nasyid dari kumpulan Rabbani, Muadz, Da’ie dan kumpulan pentomen KUIS. Kesemua penduduk Bangi dan sekitarnya serta seluruh Umat Islam dijemput datang beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan dan kebersamaan kepada penduduk Palestin di GAZA.

Ust Jameer Saad
Setiausaha Sekretariat Save Palestine Bandar Baru Bangi, Merangkap Exco Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...