Wednesday, February 4, 2009

Silap Mata Ini Mainan Siapa?

Suruhanjaya Piliharaya (SPR) hari ini mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri Behrang dan Changkat Jering tidak dikosongkan, oleh itu perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut tidak sah. Tindakan SPR ini menimbulkan persoalan undang-undang yang besar implikasinya, kerana kuasa mengisytiharkan pilihanraya kecil ada di tangan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Saya berpendapat kuasa untuk menentukan kesahihan surat tersebut bukanlah di dalam bidangkuasa SPR bahkan ianya harus dirujuk ke mahkamah. Kuasa SPR hanya untuk memastikan kelicinan perjalanan proses pilihanraya. Mengapa harus SPR melanggar batas bidangkuasa yang dimiliki Speaker DUN Perak? Malah ada pengkaji dan pengamal undang-undang menganggap keputusan SPR bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nyata sekali Datuk Seri Najib akan menghalang pilihanraya diadakan kerana bimbang dengan kemaraan rakyat.

Apa penyudah sebalik semua ini?

Mungkin hanya tok dalang yang pandai bermain silap mata dengan menghilangkan orang tanpa dikesan mampu menjawabnya.

ANWAR IBRAHIM

07/02/2009 - Malam Save Gaza & Solat Hajat Perdana 10 Ribu

"Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi telah menubuhkan Sekretariat Save Gaza peringkat Bandar Baru Bangi dengan kerjasama ngo-ngo serta surau-surau dan masjid-masjid sekitar Bandar Bangi. Pelbagai program telah disusun untuk dilaksanakan bagi memberi peluang kepada umat islam sekitar Bandar Baru Bangi menyumbang derma dan menunjukkan sikap kepedulian mereka terhadap umat Islam di Bumi Palestin yang sedang dizalimi oleh Yahudi Israel . Kempen ini akan bermula pada 24 Jan – 7 Feb 2009

Acara kemuncak program ini ialah Malam Save Gaza dan solat Hajat Perdana yang akan diadakan pada 7 Februari 2009 jam 8.00 - 11.00 malam bertempat di Stadium seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Acara ini akan mengumpulkan 10 ribu umat Islam Bangi dan sekitarnya bagi menunjukkan sokongan dan kebersamaan dengan perjuangan rakyat Palestin yang dipelopori oleh HAMAS. Program ini yang mengumpulkan badan-badan politik dan badan NGO yang bersatu demi untuk Gaza turut menjemput Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din, YB Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian), YB Dr. Shafie Abu Bakar (Adun Bangi), Wakil UMNO/BN Dr. Ashraf Wajdi Dasuki dan wakil dari GAZA Naji Al-Sarhi. Di samping itu majlis ini turut mempersembahkan nasyid dari kumpulan Rabbani, Muadz, Da’ie dan kumpulan pentomen KUIS. Kesemua penduduk Bangi dan sekitarnya serta seluruh Umat Islam dijemput datang beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan dan kebersamaan kepada penduduk Palestin di GAZA.

Ust Jameer Saad
Setiausaha Sekretariat Save Palestine Bandar Baru Bangi, Merangkap Exco Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi."

Monday, February 2, 2009

DSAI: 2 Hilang 200 Menyusul

Dato Seri Anwar Ibrahim memberi dan peringatan yang cukup tegas kepada mereka yang ingin menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri khususnya di Perak bahawa 2 adun PR yang hilang akan menyusul 200 yang lain.

Secara sepintas lalu kita akan anggap ini mustahil, tak kan le sampai sebanyak tu? Tetapi bagi mereka yang faham tentang cakap politik, kenyataan DSAI mempunyai maksud tersirat yang tidak sukar untuk difahami.

Ternyata hari ini BN dan Umno mula terjerat dan terperangkap dengan permainan politik mereka sendiri. DSAI ternyata telah dapat menghidu apa yang bakal berlaku dengan menyusun strategi yang tidak diduga oleh BN dan Umno.

Sekiranya BN dan Umno di bawah Pak Lah dan Najib boleh 'menghalalkan' tindakan adun PKR menyertai Umno adakah mereka boleh berpendirian serupa jika ada ahli parlimen dan adun BN menyertai PR?

Pihak tertentu begitu ghairah untuk merampas dan menumbangkan kerajaan PR di Perak sehinggakan mereka terlupa bahawa kedudukan mereka juga goyah di beberapa negeri dan di peringkat pusat. Di Negeri Sembilan dan Pahang difahamkan ada wakil rakyat BN sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyertai PR.

Mungkinkah hasrat terpendam wakil rakyat BN yang menangguhkan hasrat menyertai projek 13 September akan diteruskan berdasarkan perkembangan yang berlaku? Pak Lah sendiri beritahu, tidak ada salahnya jika ada wakil rakyat yang hendak menyertai parti lain. Kita ingat dan pegang kata-kata Pak Lah ini!

Jika mereka merancang untuk menumbangkan kerajaan PR ketika PR berada dalam keadaan bergolak dan bergaduh sesama sendiri kemungkinan misi jahat itu boleh terlaksana. Tetapi mereka bertindak ketika perpaduan dan kerjasama dalam PR begitu ampuh. Malah mood sokongan rakyat juga begitu jelas memihak kepada PR. Jadi tindakan mereka cuba menjatuhkan kerajaan PR di Perak adalah tidak kena masanya.

Mereka yang ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan PR di Perak umpama mengejar bayang-bayang. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran

Speaker serah surat pada SPR Perak

Feb 2, 09 10:43am

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar berjumpa dengan pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.

Dalam perjumpaan di pejabat SPR Perak, Sivakumar telah menyerahkan surat secara rasmi kepasda SPR negeri untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Semalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

PM "kongkalikong"

PKR menempelak perdana menteri yang mengalu-alukan penyertaan dua exco kerajaan Perak bersama BN dengan alasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menganggap usaha lompat parti sebagai "tidak bermoral."

"Perdana menteri kongkalikong mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut," kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua pembangkang juga menyifatkan kehilangan beberapa hari dua wakil rakyatnya itu Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu dalam usaha menyertai BN sebagai "menggerunkan" kerana penggerak utamanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu?

"Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tersebut," kata Anwar lagi di blognya sebentar tadi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baki semua enam wakil rakyat PKR Perak termasuk Adun Bota, Datuk Nasaruddin yang melompat menyertai parti itu pada 25 Januari.

"Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai," katanya.

Anwar berkata beliau telah menjangka "tindakan lebih ganas" oleh pimpinan Umno terhadap Pakatan Rakyat dalam ucapannya di Terengganu menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut pertengahan bulan ini.

"Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bezakan dengan pendirian Nasha di Bota!" katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...