Monday, September 15, 2008

Zaid Ibrahim Letak Jawatan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya untuk berundur sebagai anggota Kabinet.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawai khas beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

"Ya, perkara itu betul (letak jawatan). Surat letak jawatan juga telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini," katanya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Sehubungan itu jelas Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan 'dasar kerajaan' itu.

"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas soal perundangan dan kehakiman itu berkata, beliau bukan sebagai pencetus masalah kepada Perdana Menteri, sebaliknya hanya mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Zaid merupakan peguam terkenal yang menyertai arena politik kemudian dan kini merupakan anggota Umno. Beliau menyertai Umno tahun 2000.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008.

Pada pilihan raya umum Mac lalu beliau tidak dipilih sebagai calon tetapi kemudian menyertai jemaah menteri selaku senator.

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia


Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.

Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Friday, September 12, 2008

Ke Taiwan

4 pemimpin KeADILan diketuai YB. Tian Chua & YB Saifuddin Nasution baru berlepas ke Taiwan sebentar tadi untuk bertemu dengan MP BN dalam usaha ambilalih kerajaan secara demokrasi

Thursday, September 11, 2008

ROMBONGAN PERTANIAN BN


Sketsa lompat parti yang berlaku sebenarnya sudah di perhati oleh makhluk sedunia sejak awal lagi. Walaupun alasan BN untuk membawa MP tidak membabitkan soal lompat parti, tetapi usaha ini sudah di duga. Langkah ini merupakan langkah terdesak kerajaan BN untuk tidak memberikan ruang bagi 16 September menjadi realiti. Tapi di dalam usaha tersebut ... sebenarnya Kerajaan BN membuka pekung di dada.

Langkah mencolek MP ke luar negara, jadi bahan ketawa masyarakat dunia.

Seluruh dunia sedang memerhati perkembangan dengan golek gelantang, hilai ketawa, lawak dan gurau senda. Betapa BN kecoh, panik dan gementar dengan ugutan Anwar. Tapi pura pura selamba.

Dan akibatnya ..... di Taiwan, MP sedang di kerumuni oleh para wartawan dari seluruh dunia untuk mendapatkan berita.

Kini semua orang dah tau ... Yang cuba rahsia, tapi terbongkar dengan tidak sengaja.

http://www.no2umno.blogspot.com/
-----------------------------------------

Official: Not Arranged By Taiwan Foreign Ministry

Foreign ministry’s Department of East Asian and Pacific Affairs director Yu Te-sheng said the foreign ministry refused to comment or speculate on the political motives behind Malaysian MPs’ visit as reported on the Malaysian media, adding that the ministry had not taken any initiative to make arrangements for the trip.

Yu said, as he was told, the trip would focus on the agricultural development in Taiwan.

He emphasised that this was not an official trip, and the Malaysian MPs would not be accompanied by any representative from the foreign ministry. The delegation also would not pay a courtesy visit to the foreign ministry, he added.

(Translated by DOMINIC LOH/Sin Chew Daily)


http://westmalaysia.com/?p=3144
----------------------------------------

Rupanya menteri luar Taiwan pun tak tahu rombongan BN nak belajar bercucuk tanam di sana..sebab tu kerajaan taiwan kata dorang tak mau layan puak BN nih kerana bukan urusan rasmi ... hehehe kata puak2 nih "3 bulan dah rancang program lari2 sambil belajar di Taiwan' takkan tak sempat nak beritahu kementerian luar Taiwan..maksudnya kedatangan mereka ke situ atas tiket pelancong jer lah..huhuhu

Puak-Puak UMNO kampung bukan tahu apa yang putarjaya buat, hehehehe kesian korang

Wednesday, September 10, 2008

16 September - Sukar BN untuk gagalkan

Barisan Nasional (BN) sukar untuk menggagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat dalam situasi negara ketika ini. Sebelum itu beliau menjelaskan sebagaimana yang dilaporkan Mstar Online bahawa, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.
"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," jelas beliau.
Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar setakat ini. Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan. Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi. "Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi, ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.
"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi menghalang sasaran kita," katanya. - Hrkh

Lintas Langsung Dari Jalan Duta



[10 .30 PAGI]KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER (SK)-Prosiding keatas pendakwaan kes liwat yang menuduh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim pagi ini diteruskan kembali selepas beliau mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan berkenaan,7 Ogos lalu.

Anwar tiba di perkarangan jam 9.25 pagi ini ditemani oleh Isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anaknya, Nurul Izzah dan Nurul Hanna dengan kawalan ketat oleh pihak keselamatan dan terus menuju ke kamar mahkamah Sesyen Jenayah 1.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan Ketua Pembangkang di Parlimen itu diikat jamin sebanyak RM20,000 untuk sebutan kes semula bagi kes pendakwaan keatas Anwar Ibrahim.

Dikatakan, kira-kira empat trak FRU berada di luar kawasan Mahkamah, manakala penyokong-penyokong reformasi tidak dibenarkan masuk ke kawasan Mahkamah.

Beberapa pemimpin turut kelihatan di perkarangan Mahkamah, antaranya ialah Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar, Ketua Wanita KeADILan Zuraida Kamaradin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga pemimpin DAP Ronnie Liu.

Barisan peguam Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan diangotai oleh Sankara Nair, R. Sivarasa, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan. .

Tuesday, September 2, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
& SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA

Selamat Menunaikan Ibadat Puasa

Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T.

Semoga Ramadhan ini memberi ruang buat kita untuk menyempurnakan ibadah puasa sehingga mencapai derajat taqwa. Tidak lupa untuk bermuhasabah agar kita memperbaiki hubungan sesama insan dan mendekatkan diri dengan Khaliq pencipta semesta.

Ramadhan ini mengingatkan kita akan kisah para anbiya yang tetap istiqamah memperjuangkan kebenaran dan melakukan islah. Ayat Surah Hud 88: “…hanya yang aku mahu ialah melakukan islah (reformasi) dengan segenap daya dan upaya,” sering saya tekankan kerana kita mesti kekal memperjuangkan perubahan, untuk menjayakan keadilan ekonomi, membela rakyat dan menegakkan demokrasi.

Ikhtiar menjalani, untung menyudahi, manusia mengikhtiarkan, Allah mentakdirkan!

ANWAR IBRAHIM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...