Wednesday, September 10, 2008

Lintas Langsung Dari Jalan Duta



[10 .30 PAGI]KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER (SK)-Prosiding keatas pendakwaan kes liwat yang menuduh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim pagi ini diteruskan kembali selepas beliau mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan berkenaan,7 Ogos lalu.

Anwar tiba di perkarangan jam 9.25 pagi ini ditemani oleh Isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anaknya, Nurul Izzah dan Nurul Hanna dengan kawalan ketat oleh pihak keselamatan dan terus menuju ke kamar mahkamah Sesyen Jenayah 1.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan Ketua Pembangkang di Parlimen itu diikat jamin sebanyak RM20,000 untuk sebutan kes semula bagi kes pendakwaan keatas Anwar Ibrahim.

Dikatakan, kira-kira empat trak FRU berada di luar kawasan Mahkamah, manakala penyokong-penyokong reformasi tidak dibenarkan masuk ke kawasan Mahkamah.

Beberapa pemimpin turut kelihatan di perkarangan Mahkamah, antaranya ialah Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar, Ketua Wanita KeADILan Zuraida Kamaradin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga pemimpin DAP Ronnie Liu.

Barisan peguam Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan diangotai oleh Sankara Nair, R. Sivarasa, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan. .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...